Ahad, 17 April 2011

Aku Tak Puas Hati

16 April 2011, Sabtu

10 orang wakil dari KUSMA dijemput untuk menghadiri Bicara Eksekutif Koperasi sabtu lepas di Dorset Hotel. Antara 10 orang tu termasuklah aku dan suami (kali ni sebut suami dah...)


Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Hj. Yunus B. Kurus, Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Merangkap Pemangku pengerusi UMNO Bhgn Labuan (PMW, DSM, BSK)


Y.Bhg Tuan Haji Idris B. Ismail, Pengarah maktab Koperasi Malaysia


Acara bermula jam 9.30 pagi walaupun mengikut aturcara sepatutnya dimulakan jam 9 pagi (biasalah tu... asyik menunggu peserta yang terlewat)


Penceramah Kertas 1, Hj Saiful Bahari B. Hj Omar,
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Negeri sabah)


Penceramah Kertas 2, Puan Nursafariza dari Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan


Kelihatan antara ahli KUSMA


Sambutan dari peserta amat menggalakan sekali


Apa yang aku tak puas hati, penganjur meminta 20 org pelajar keluar dari dewan untuk memberi ruang kepada peserta yang baru hadir waktu tu. Sepatutnya penganjur menambah kerusi, bukannya meminta pelajar tu keluar, lagi pun pelajar-pelajar tu dah berkumpul dari jam 8.45 lagi, utamakanlah yang hadir dulu, bukannya utamakan orang yang selalu terlewat. Aku betul-betul tak puas hati waktu tu...

6 ulasan:

DaHLia berkata...

kita bakor! kita bakor!!
heehee...

penganjur tak cukup cerdik tu.. :D

tehr berkata...

tak pernah2 selama menghadiri majlis seperti ini penganjur minta sebahagian hadirin keluar

pulak tu untuk orang yang datang lewat

patutnya yang lewat tu berdiri je kat pintu

memang tak patut

Norgadis Labuan berkata...

Salam DaHLia.

Panas! panas! sampai terbakar hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.

Itu yang saya tak puas hati, org dtg lewat dpt kerusi, org dtg awal diminta keluar. Pelik tapi benar...

a loqman berkata...

Panas..betul pengajur tak cerdik..
kita kena diplomasi

Norgadis Labuan berkata...

Salam a loqman.
Cara dorang tu telah mencacatkan program yang sebagus itu.