Jumaat, 8 April 2011

Aku Dapat Jemputan Mesyuarat ALK

Tiba-tiba aku mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat ALK oleh setiausaha KUSMA, Pn. Simun Hj Mahmood. Sedikit terperanjat juga sebab aku bukan Ahli Lembaga koperasi, aku hanyalah ahli biasa saja. Untuk tidak menghampakan, aku pun hadir setelah abang berikan lampu hijau hehehe... sekaligus menemankan abang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


Aku dan abang menghadiri mesyuarat ALK atau Ahli Lembaga koperasi KUSMA (Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad.) 8 April, Jumaat, jam 7.30 malam, di Balai Raya Kg. Layang-Layangan, WP Labuan.


Antara agenda mesyuarat ialah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, mengesahkan peletakan jawatan timbalan pengerusi, melantik pemangku timbalan pengerusi, menyusun semula ALK, menyusun semula Biro-Biro koperasi dan sebagainya.


Secara sebulat suara En Asmadi telah dilantik sebagai Pemangku Timbalan Pengerusi dan aku pula dilantik sebagai ALK yang baru sekaligus memegang peranan sebagai Biro Promosi. Aku baru hadir mesyuarat ALK terus dilantik... huhuhu berat berat...


Mesyuarat tersebut juga membincangkan program-program yang akan dijalankan oleh koperasi. Insyaallah... Program memancing pantai akan dijalankan dalam waktu terdekat ini.

4 ulasan:

tehr berkata...

dijemput untuk dilantik
mereka dah tahu siapa yang sesuai dan boleh bekerja

tahniah nor

Norgadis Labuan berkata...

Salam dan terima kasih tehr.

Pengerusi KUSMA tu memang kenal saya, kadang-kadang ada singgah kat blog. Setiausah tu lagilah kenal, tinggal pun berjiran, setiap hari jumpa hehehe...

kpah k-poh berkata...

norgadis ni aktif sungguh yaaa....kat sini tak de mcm tu..yg ada hanya org duk gossip jer..hahaaaa

Norgadis Labuan berkata...

Salam kpah k-poh.
kadang2 surirumah kalau duduk kat rumah je, rasa mcam bosan, bila kita ada aktiviti luar mcm ni, tarasa ada cabaran, tapi apa yg penting semuanya atas keizinan suami.