Ahad, 24 April 2011

Anak Aku Dapat Tawaran Masuk KUIS


Surat ni dah sampai kat Labuan 13 April 2011, tapi baru jumaat lepas 20 April anak aku terima. Alasan dorang "13 April tu dah telefon tapi tak berjawab." Aku pelik jugalah, kalau sekali tak berjawab kenapa dorang simpan kat bakul je surat tu, kenapa tak telefon lagi... Agaknya dorang ingat kita ni asyik duduk tunggu telefon je... Geram aku...


Kita sambung cerita isi surat pula, anak aku Nurfatihah Athirah @ N Athirah yang selalu aku bawa setiap kali ada aktiviti Perwila dah dapat tawaran sambung belajar kat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Syukur dan tahniah, dia memang teringin sangat nak sambung belajar kat sana, sebagai ibu, aku sokong je.


Jangan kata aku tak nangis dengar khabar gembira ni, aku memang nangis huhuhu... nangis gembira dan nangis sedih kerana aku akan berjauhan dengan anak sulung aku tu. Pasti aku akan terasa kehilangannya, selain daripada abang, si Puterilah yang banyak mengajar aku guna blog dan internet selama ni. Lupa nak bagi tau, Puteri adalah panggilan untuk anak sulung aku sejak kecil lagi.


Aku sebenarnya nak dia sambung belajar kat Sabah saja, sekurang-kurangnya senang nak melawat dan senang dia nak balik Labuan, tambang pun taklah semahal ke Semenanjung. Tetapi dia tetap memilih KUIS kerana dia memang mau melanjutkan pelajarannya dalam bidang tu. Nampaknya jaranglah aku dapat bertemu dengannya huhuhu....


N Athirah membaca puisi "PESAN" karya Norgadis Labuan di Temburong Brunei DS

Doa dan harapan sebagai seorang ibu, teman dan juga sahabatnya, moga dia menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat Amin...

38 ulasan:

a loqman berkata...

tahniah..anak dapat masuk KUIS..rezeki dia kan

Norgadis berkata...

Salam dan teerima kasih a loqman.
Memang rezeki dialah tu...

mama pipie berkata...

Congrates pd anak yg berjaya..

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih mama pipie.

ellen berkata...

hai hai sis....ellen singgah..tahniah ya anak dpt sambung belajar

Norgadis berkata...

Terima kasih ellen...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam....Alhamdllh,tahniah yer anak dpt masuk KUIS!!..mmg sedih bila brjauhan...doakn yg trbaik tuk anak.

Tanpa Nama berkata...

tahniah ye akak.. kuis tu under uia jugak kan? insyaallah..atien doakan anak akak berjaya.. :)

Budak Botak berkata...

Alhamdulillah., semoga terus sukses...

Entry terbaru Tempat Tinggal Kanak2 Di Seluruh Dunia... (",)

Pia berkata...

"tahniah utk puteri..sabar ler norgadis..ank pergi jauh2 tu pun semata-mata utk belajar kan,utk tambahkan ilmu di dada....tahniah sekali lagi.."

Unknown berkata...

tahniah..
tumpang gembira..:)

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih azatie.

Huhuhu... memang sedihlah kerana terpaksa berjauhan dengannya. Doa dan harapan moga dia selamat dan berjaya di sana kelak.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih sweet stalker.

Tak tau pula saya Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tu under UIA atau sebaliknya. Terima kasih sekali lagi atas doa2nya...

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Budak Botak.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Piasara.
Kerana tujuan anak saya tu nak sambung belajarlah saya sanggup melepaskannya ke sana..

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Diana.

CHE ROSSLI berkata...

Tahniah untuk anak akak. Jauh perjalanan Luas Pandangan. Selamat datang ke semenanjung untuk anak akak. moga kejayaan milik dia.

tehr berkata...

tahniah, nor
tahniah juga untuk puteri

rajin2 belajar tau

eita berkata...

tahniah....

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih AL-QASSAM.
Saya pun berharap agar kejayaan menjadi miliknya kelak.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih tehr.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih eita.

Kak Mahh berkata...

Tahniah...selamat menjalani kehidupan siswa.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih zmah.
Moga dia pandai menjaga dirinya di sana kelak.

shura shushi berkata...

KUIS??
dekat ngan tmpat ai keje =)

Norgadis berkata...

Hai...the girl next door.
Dekat ker? Kerja apa tu?

yusfa berkata...

KUIS, banyak kenangan suka dan duka disana..sy graduan KUIS jurusan UNDANG2 SYARIAH, bakal bergraduasi Julai tahun ni..sekarang alhamdulillah tengah chambering..kuis mmg terbaik..=)

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah,rezeki anak Nor.Tahniah utk anak dan ibu juga kerana berjaya mendidik anak jd org yg cemerlang.
Doakan yang terbaik utk dia.

Norgadis berkata...

Salam yusfa.
Tahniah kerana kerana menjadi graduan KUIS jurusan undang2 syariah, moga terus berjaya dalam segenap bidang yg diceburi.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih cempakakuning.
Kita sebagai ibu memang sentiasa mendoakan kejayaan anak2.

Unknown berkata...

tahniah.sy tumpang gembira

Pn Kartini berkata...

tahniah utk puteri kesayangan..:)
Memang pastinya sedih dirasai bila kan berjauhan..
InsyaAllah..demi cita2..pasti kan ada keberkatanNya..:)

Mak anak tiga berkata...

Alhamdulillah.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih khairul.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Pn Kartini.

Itulah perasaan kita sebagai orang tua, sedih dan sebagainya, moga ada keberkatannya...

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih aesh came

SRenungan berkata...

tahniah..
gud luck di sana..
:)~

Norgadis berkata...

Terima kasih "fromjarn"