
Erin (bukan nama sebenar) adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan automotif di Shah Alam.
Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, macam super star kat kilangnya tu.... bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baikkk...tapi sebab dia seorang yang cukup ceria... disenangi oleh semua orang.
Erin ni kerjanya banyak terbabit dengan aktiviti luar, jumpa orang sana, jumpa orang sini (kononnyalah)...so memang jaranglah ada kat opis....kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi, tapi orang tak cakap apa... sebab dia kan banyak kerja luar.... memang 'nature' kerja dia cam tu...
Satu hari tengah sedap si Erin menteke darah kat luar (time kerja)... dia rasa gatal kat lengan. Dia garu... lepas tu gatal pula kat paha. .. dia garu lagi... sudahnya satu badan naik gatal.
Mulanya dia ingatkan elergik dengan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnya tu makin menjadi-jadi. Beberapa bahagian badan kulitnya dah menebal, semacam kurap dah rupanya.
Si Erin mula menggelabah, dengan bantuan beberapa member, si Erin di bawa berjumpa dengan sorang pawang kat ulu puchong...time tu separuh kaki dia dah tumbuh sisik...
Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Erin menangis tak henti. Sampai kat rumah pawang Erin dah tak boleh berjalan...sampai ke dada dah bersisik....

Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera... cuba nak selamatkan Erin yang kononnya terkena badi ular. Makin kuat pawang menggelupur makin cepat bahagian badan Erin bertukar jadi bersisik macam ular. Sudahnya sisik semua dah merayap sampai ke
muka. Seluruh tubuh Erin makin pedih. Rasa gatal yang teramat sangat terasa bagaikan tak dapat dibendung lagi.
Erin menjerit sekuat hati, pawang kat sebelah dah pengsan, cuma bayangan ular yang memenuhi ruang bilik tersebut. Asap berkepul-kepul keluar dari ubun kepala Erin. Tiba - tiba satu imej manusia terhasil daripada kepulan asap yang keluar dari kepala Erin tu...
'Ehh... boss? Tolonglah saya boss, saya janji tak mau 'ngular' dah. Lepas ni saya buat kerja bebetul, kalau boss nak sumpah jadi ular pun sumpahlah... orang yang tengah baca ni... dia pun ngular juga tu.... he.. he. ...he... (Jangan marah, sekadar hiburan)