Jumaat, 12 Julai 2013
Salam Seindah Ramadhan
Salam Ramadhan buat keluarga tersayang suami tercinta, anak-anak Nurfatihah Athirah, Nurzafirah Nadirah, Nuratikah Nazurah, Nurwathiqah Masturah, semua anak-anak saudaraku, para sahabat dan kepada muslimin dan muslimat sekalian. Moga ramadhan ini mengubah kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Ahad, 30 Jun 2013
Norgadis Bersama Program DBK Ke XI 2013
DBK Ke-11 2013 dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Yunus Hj Kurus, Ahli Dewan Negara. Inilah program antarabangsa yang pertama kalinya aku menjadi setiausaha program. Tugas ini teramatlah berat bagi aku, memandangkan aku tiada pengalaman dalam program sebesar ini.
Dua buah buku dilancarkan semasa DBK Ke XI 2013 (Dialog Borneo-Kalimantan) Buku Antologi Puisi "Kepada Sahabat" terbitan DBP Sabah (aku turut menjadi penyelenggara) dan buku Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita Edisi ke-2" terbitan PERWILA (boleh dikatakan 80% aku yang menyiapkannya termasuk mengedit, membuat reka hias kulit buku, menaip dan membuat saiz buku seperti yg dikehendaki).
Urus setia yang banyak membantu. Terima kasih sahabat...
Mengendalikan PA Sistem semasa pembentangan sesi pertama
YB Encik Rozman Datuk Hj Isli, merasmikan majlis penutupan sekaligus mencatat Kuching, Sarawak sebagai Tuan Rumah DBK ke-12
Lebih kurang 150 peserta menghadiri program DBK Ke-11
Peserta yang turut hadir adalah dari WP Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia
Sesi lawatan ke sekitar WP Labuan
Program berlangsung pada 27-29 Jun 2013 di UMS KAL WP Labuan.
Program berlangsung pada 27-29 Jun 2013 di UMS KAL WP Labuan.
Isnin, 24 Jun 2013
Happy Birthday Wathiqah
Happy Birthday Wathiqah yang ke-7 tahun, moga jadi anak yang soleha, pintar, berjaya, beriman, sentiasa dalam lindungan Allah, diberkatiNya dan dirahmatiNya selalu Aamiin. Sayang dari ibu selalu untukmu...

Wathiqah bersama hadiah birthdaynya dari ayah, ibu dan kakak-kakaknya.
Sekali sekala makan di McDonal'd
Wathiqah bersama hadiah birthdaynya dari ayah, ibu dan kakak-kakaknya.
Sekali sekala makan di McDonal'd
Langgan:
Catatan (Atom)











