Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku


Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku, Hajjah Umai Binti Aman, yang ke 87 tahun. Moga sihat dan diberkati selalu


Sebenarnya birthdaynya penghujung disember 2011, tapi oleh kerana masing-masing sibuk, akhirnya sambutan ini diadakan 1 Jan 2012. Tak kisahlahkan yang penting sambutannya tetap ada...


Sambutan ulang tahun kelahiran ini sebenarnya dikongsikan bersama suami kakak ipar aku yang juga lahir penghujung bulan disember.

Majlis dirayakan bersama keluarga je...

Isnin, 2 Januari 2012

Jadual Cuti Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan


(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Sumber Dari Sahabat Blogger Teh Ramuan

Sabtu, 31 Disember 2011

Ambang Tahun Baru 2012

Terus terang aku katakan, aku jarang turun ke bandar malam sambutan tahun baru, bukan apa.. tempat letak kereta jauh sangat, nak turun awal sangat tapi ingat nak solat lagi, rasanya lebih senang solat kat rumah. Dari segi yang lain aku terfikir juga keinginan anak-anak nak tengok suasana ambang tahun baru... aku pun bincang dengan abang, kita turun waktu petang, sebelum maghrib balik rumah, malam tak payah turun lagi...


Dari jauh dah kelihatan tempat permainan tu, Wathiqah teringin sangat nak tengok dekat-dekat


Dah tengok dekat nak join main pula...



Wathiqah bukan main happy lagi petang tu...


Kami terpaksalah menunggu selama 20 minit kat situ...


Sempatlah tengok-tengok gerai yang dibuka waktu tu...


Wathiqah sempat terpandang angry bird huhuhu...



Pengunjung belum ramai lagi waktu tu. Lebih kurang sejam kami di sana, lepas tu kami pun balik rumah...