Sabtu, 20 Ogos 2011

Ramadhan Ke 20 Dan Biskut Kuning Hijau


Ya Allah, aku datang kepada-Mu, bersama langkah-langkah yang tiada daya upaya, bersama langkah-langkah yang tiada kekuatan melain pertolongan-Mu.


Biskut Kuning Hijau, hahaha... sajalah tu, mula-mula nak buat biskut tembikai kuning tapi tak ada biji pula. Tak kisahlah, yang penting Wathiqah suka hehehe...


Masuk oven dulu...


Dah masak, bolehlah rasa setelah berbuka...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan Ke 19 Dan Kuih Mor


Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita



Kuih mor atau kuih makmur ini adalah kuih raya kesukaan anakku, tiap-tiap tahun pasti buat punya...


Buat 2 botol je. Cukuplah tu, kalau tak cukup nanti buat lagi...

Khamis, 18 Ogos 2011

Ramadhan Ke 18 Dan Belimbingku


Salam ramadhan buat sahabat semua. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dalam tahun ini, moga Allah meredhai dan merahmati kita dan kedua ibu bapa kita (yang masih hidup atau yang sudah kembali).


Inilah belimbingku...



Belimbing ni kesukaan mama, dia yang belikan pokok belimbing ni dulu, bertahun tanam tak pandai membesar, lepas tu aku pindah dan tanam tempat lain, alhamdulillah pandai pula ia membesar.