Khamis, 17 Januari 2019

RAIKAN HIDUP

Pagi tadi ke Kolej Matrikulasi Labuan ambil buku Raikan Hidup. Alhamdulillah, karya kecilku termuat dalam buku ini.

Tahniah dan terima kasih Jun SyaifudinDuakim kerana menjemput sebagai penulis tamu dalam Kumpulan Puisi Raikan Hidup.

Khamis, 10 Januari 2019

SUARA HATI



Alhamdulillah.. Antologi pertama 2019 Antologi Kuatrin "SUARA HATI", telah selamat saya terima. Terdapat 3 buah karya saya bersama 33 penulis yang diselenggarakan oleh tuan Tabir Alam. Terima kasih tuan Tabir Alam atas segala bimbingan 

Tahniah kepada semua sahabat saya Aloy Indra JokinaBayu PagiDipinggiran DPHas YusoffIssey MiyakiJamilah HarunKamarsinah SarkamKhair ManKarisma RinduLina JarahMasriyah MisniNazim Mohd Subari, Nohan Norehan, Nor Aziah Aziz Fadzilah, Norgadis Labuan, Pak EngkuParidah IshakPuteri Andalas NovelisQurniaan Pencinta JiWaRaonah Mohd SamRina ChundauRuslina Mat Rakib, @Russ Asan Mak RussSabariah Nor SallehSaniah MasriSeti ZalehaSri MawarSujata WeeSuzana JumadilSyidah IdaTabir AlamWahidah Hj Ahmad dan Yahti Hayati.

Sabtu, 17 November 2018

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-27 Tahun

27 tahun bukan masa yang singkat untuk menjalani sebuah kehidupan berkeluarga. Pahit manis dirasa bersama, derita bahagia diharungi bersama. Alhamdulillah berkat keredaan Allah kita tetap bersama. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-27 untuk kita berdua, moga kasih sayang kita mendapat rahamat Allah dan kebahagiaan menjadi milik kita dunia dan akhirat aamiin.