Khamis, 7 Julai 2011

National Robotics Competition


Anak aku Nuratikah Nazurah tiba-tiba menyertai National Robotics Competition ini. Nak bantu mengajar pun memang aku pun tak pandai bab robot ni, biarlah dia menimba pengalamannya sendiri.


Robot's Name : A3EX. Ada nama pula robot ni...
(robot ini mesti membawa bola sambil menaiki tangga dan turun kembali)



Sijil Penghargaan


Sijil Kecemerlangan

Tahniah kepada Atikah, walaupun tak dapat tempat pertama, sekurang-kurangnya dapat juga menjadi antara peserta cemerlang. Dan tahniah juga kepada peserta SMK Mutiara Labuan yang memenangi National Robotics Competition baru-baru ini.

Ahad, 26 Jun 2011

Bengkel Puisi Dan Cerpen Baru Selesai


Bergambar bersama peserta Bengkel Puisi/Cerpen Berunsur Islam


Sijil ahli jawatankuasa bengkel yang disampaikan oleh
Ketua 2 PERWILA, Sahar Misron


Dari kiri Hj. Othman Mahali (Bendahari PERWILA), Resmanshah (Pembimbing Cerpen), Sahar Misron (Ketua 2 PERWILA), Norza (Pembimbing Puisi), Hj Suili Bakar (AJK PERWILA), Norgadis Labuan (Setiausaha PERWILA) dan Hjh Hasnah (AJK PERWILA)

Terima kasih kepada Resmansah pembimbing bengkel cerpen, Norza (DBP) pembimbing bengkel puisi, peserta dan semua yang terlibat menjayakan bengkel tersebut.

Jumaat, 24 Jun 2011

Happy B'Day Wathiqah


Selamat hari lahir buat anakku Nurwathiqah Masturah yang ke lima tahun. Acara ini dibuat secara mendadak atas permintaan anak aku yang ke tiga Atikah dan kebetulan pula kekasih aku tu baru pulang dari luar negara, kalau dia tak ada, kadang tu malas nak buat acara macam ni.


Dah naik atas kerusi, kek pula yang rendah, janji boleh potong kek


Bacaan doa dibaca oleh ayah Wathiqah sendiri (kekasih aku lah tu)dan di aminkan oleh kami semua. Bila pula aku tidur time baca doa ni???


Tiada jemputan lain melainkan adik beradik, anak-anak dorang dan orang tua aku


Adik aku Zahli dan anak isterinya, seorang anaknya lag tak kelihatan
(tudung biru tu anak aku)


Ini adik aku kedua Liza dan suaminya


Abang aku Asman dan isteri dan anak-anaknya.
Laa... ada juga yang tertidur nampaknya hahaha... jangan marah...


Dari Kiri berbaju hijau Nuratikah Nazurah (anak ketiga, cikgu Ali (bapa aku) dan Nurzafirah Nadirah (anak kedua). Anak aku yang sulong saja yang tiada di sini kerana sambung belajar di KUIS.

Moga Wathiqah menjadi anak yang beriman dan sentiasa mendapat berkat
dan rahmat dari Allah swt. Amin...