Jumaat, 8 Oktober 2010

Ini Bidan Terjun

Siapa pula yang nak bersalin ni, sampai nak panggil bidan terjun pula... Aku saja buat tajuk macam tu, sebenarnya ini juru solek terjun... jam 7 pagi, kakak ipar aku call dan dia suruh aku datang ke rumahnya awal sikit sebab nak make up anaknya nak nikah (Juru make up tak dapat datang). Huhuhu... aku pun kelam kabut selongkar make up yang ada, adoi!! para make up pun takut tengok aku lantas cabut lari hahaha... padan muka aku.

Mulanya aku nak minta bekas tunang aku belanja makan soto kat gerai, lepas makan baru pergi tempat orang nikah, aduh!! bukan rezeki aku makan soto masa tu, kena pula datang awal kat ruamah kakak ipar.

OOiii...!!! siapa yang mengata aku tu hah? Bekas tunang aku tu sebenarnya laki akulah... jangan salah faham tau...

Jom kita layan gambar yang sempat anak aku ambil ni....


Setelah siap di make up


Nak pakaikan rantai pula...


Gambar guna handpone je ni...


Inilah wajah anak saudara aku


Ini setelah akad nikah selesai


Duduk bersanding sekejap

Malamnya aku kena menghadiri bengkel penulisan pula, bznya aku...

Rabu, 6 Oktober 2010

Daun Saderi



Daun Saderi
Picture (Device Independent Bitmap)

Daun Saderi (Seleri) atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Ahad, 3 Oktober 2010

Majlis Hari Raya Di Sekolah Tadika Al Iman Layang-Layangan

Pagi tadi, aku dan anak-anak pergi ke Tadika Al-Iman, Layang-Layangan, kebetulan pula kekasih aku kerja hari ini, maka kami berlima sajalah yang pergi ke majlis tersebut... Majlis Hari Raya ini sebenarnya diadakan untuk semua tadika-tadika islam di WP Labuan dan tahun ini Tadika Al-Iman menjadi tuan rumahnya.

Cantik banner


Muka aku mesti ada hehehe...



Comelkan anak-anak ni...?


Meriahnya majlis raya ni...


Tengah menunggu giliran untuk menerima duit raya


Bestnya dapat duit raya...


Cikgu Anita merupakan Guru Besar Tadika Al-Iman Layang-Layangan.
Semua anak-anak aku pernah bersekolah di tadika ini.