Salam para sahabat blogger, kalian dah beli kain untuk buat baju raya? Tak sedar masa begitu cepat berlalu, hari ini dah hari ke 18 kita berpuasa, aku baru berkesempatan turun ke bandar hari ahad lepas, banyak dah kuih raya dijual. Baju raya yang siap sedia pun banyak, cantik-cantik pula tu, tapi harganya pun cantik juga...
Emm... apa warna baju raya kalian untuk tahun ini? Aku sebenarnya tak terfikir nak warna apa untuk baju raya, aku membiarkan anak-anak yang memilihnya.
Ada yang suka warna kuning, ada pula yang suka warna hijau, inilah kain untuk baju raya yang dipilih oleh anak aku, warna kuning ada, warna hijau pun ada. Aku ok saja, asalkan sesuai dipakai bersama jadilah.
Kalau sekarang ni, agak-agak ada tak yang masih terima kain untuk dijahit, huhuhu... tak diterima lagi, jom tolong aku jahit kain ni untuk buat baju raya...
12 ulasan:
baju raya sy blom terbeli lgi ni adoii
Inda ku baraya tahun ani... Keraja kali ah... Kami Sedia Membantu.
tolong tgk jer bole la..nk tolong...tak pandai...;)
@khairul.
Kalau beli saja kira senang tu, hampir nak raya pun boleh beli tu...
@dlanz eddy.
Raya pun kerajakah, siannya kamu, biasalahkan... org keraja andangnya macam atu, kadang2 inda dapat cuti...
@Zurina.
Terima kasihlah sudi tolong walaupun hanya tolong tengok, tengoklah kain sampai jadi baju ye hehehe...
assalamualaikum...
sekrang masa dah suntuk tak ada lagi yg mahu ambil tempahan...
alhamdulillah..semua kelengkapan saya semuanya sudah selesai.
@blog usang.
Wa'alaikummusalam...
Nampaknya terpaksalah saya jahit sendiri huhuhu...
Wah! semua kelengkapan raya dah sedia, alhamdulillah... tinggal menunggu saat lebaran tiba sajalah ya...
salam ziarah..
lama tak berkunjung ke sini...saya belum buat apa2 persiapan lagi...mungkin beli ala kadar saja kot...xsempat.hehe
@Mohamadazhan.com.
Salam kembali,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini lagi. Untuk raya ni, eloklah juga membeli ala kadar jangan sampai membazir, ya tak?
astaaaa kak...nada sudah ni urg mengakun kan menjahitkan, turun ke kk ja kita byk yg ready made kana jual :)
@Nazrina Hussin.
Nampaknya terpaksa tah aku menjahit sendiri ni, karang inda berbaju raya anakku huhuhu...
Catat Ulasan