Khamis, 9 Ogos 2012

CornFlakes Madu Dah Siap

Pagi tadi sebelum ambil anak aku dari tadika, aku sempat singgah di kedai Layang-Layangan membeli CornFlakes untuk buat biskut CornFlakes Madu.  Sebelah petang setelah anak aku yang sekolah menengah balik, tiba-tiba anak aku yang no. dua Zafirah beria-ia sangat nak buat CornFlakes Madu, aku ok saja, dah ada yang nak membantu :)

 Corn Flakes bahan terpenting hehehe...

 Buat sekotak dululah...

 Walaupun bz menjahit baju raya, tapi aku masih sempat tolong Zafirah buat  CornFlakes Madu

 Jom masak dulu...

Dah siap masak...


Bolehlah disimpan ke dalam bekas yang kedap udara.  Rasanya nanti nak buat lagi, tengoklah kalau sempat...

10 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum:)

Memang puas hati bila buat hasil tangan sendiri kan,
:)
tapi tulah...so far memang asyik buat biskut 'tunjuk-tunjuk' jee...
aduhaii..:)

Norgadis Labuan berkata...

@Pn Kartini.
Wa'alaikummusalam...

Biskut tunjuk tu senang nak buat asalkan ada bahan utama, terus jadi hehehe... biskut buatan sendiri ni mengambil masa nak menyiapkannya... kadang2 pandai tak menjadi pula huhhu...

Mama Murai berkata...

Assalamualaikum kak, seronoknya dapat anak gadis yang ringan tulang ke dapur. Hehe... tak macam saya, dapat 2 orang anak lelaki yang cerdas dan nakal. Oh ye ini kunjungan pertama saya ke sini, minta izin untuk membaca kandungan blog ini ya. Salam perkenalan daripada saya.

Fariq Jalil berkata...

wah bestnye.. anta sikit kat sini ye kak.. heheh

thomas berkata...

crispy dan sedap.

atieaizam berkata...

wahhh.. dah wat kuih raya.. sedap conf madu tu.. nak sebalang hihi..

Norgadis Labuan berkata...

@Mama Murai
Wa'alaikummusalam.
Saya cuma punya anak perempuan, 3 yang besar semuanya boleh masak tapi anak ke dua ni lebih minat di dapur dibanding yang lain. Alhamdulillah anak2 memang selalu membantu saya.

Oh ya, saya juga ingin mengucapkan salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah di sini, saya amat berbesar hati jika @Mama Murai sudi membaca catatan blog saya walaupun ceritanya cuma cerita biasa. Moga akan terus berkunjung ke sini.

Norgadis Labuan berkata...

@Fariq.
Nak hantar? Boleh... hantar guna email ya hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Memang sedap, semua anak-anak suka makan, org tuanya pun suka juga...

Norgadis Labuan berkata...

@atie aizam.
Baru mula nak buat biskut, nasib baik ada anak yg tolong, maklumlah masih bz jahit baju raya...