Ahad, 15 April 2012

Aku Terkejut Jumpa Blogger Labuan

 
Taman Damai Layang-Layangan, tapi bukan ini yang nak aku cerita...

Petang tadi selepas balik dari ngaji di Sungai Miri, aku singgah sekejap di kedai Layangan Shopper, kira tu nak beli sayur.  Tengah aku pilih memilih sayur, tiba-tiba ada seseorang memanggilku...

"Kak... Kak...!" Aku memandangnya penuh kehairanan.  Siapa pula ni, salah orang agaknya.  Terkejut aku sampai tak tau nak kata, apa tah lagi yang menegurku tu seorang lelaki. Sah salah orang ni fikirku.

"Kak ada blog?" aku mengiakannya. "Kak Norgadis Labuan kan?" Opsst! Tak sangka ada juga yang kenal kat aku ni, terima kasih kerana mengenaliku...

Jom tengok gambar orang yang aku temui petang tadi....




Inilah pasangan romantis Nazari dan Masninah blogger yang aku temui petang tadi.  Akak minta maaf dengan kamu berdua ya, akak benar-benar tak kenal tadi, dah tualah katakan, selalu lupalah tu, lagi pun pertemuan tadi adalah pertemuan kali pertama secara nyata agaknya, selama ni jumpa dalam alam maya je...

Kepada sahabat blogger yang lain, sudilah kiranya melawat blog mereka berdua ni ya...  

Untuk Nazari dan Masninah, teruskan berblogger, moga ceria dan moga diberkati selalu amin...

8 ulasan:

Terbelog berkata...

glamer tu... :)

Norgadis Labuan berkata...

@Terbelog.
Nak kata glamer tu tak juga, kita ni org rumah, cerita pun cuma cerita kehidupan seorg surirumah... cerita biasa je...

tehr berkata...

Memang dah sah ada peminat setia
Pernah dua tiga kali aku jumpa rakan blogger

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Kira peminat setiakah tu?
Selama ni ada juga blogger yang terjumpa/nampak saya, tapi tak ramai yang berani menyapa terutama sekali klu blogger lelaki. Cuma dorang tinggalkan komen kat blog je...

Tanpa Nama berkata...

URL BLOG ADALAH BLOG LUCAH.SILA PADAM.MEMALUKAN PIHAK PERWILA JER.

N Athirah Al-Labuani berkata...

@Tanpa Nama,

Dah bertahun nama Norgadis Labuan tu dalam arena penulisan di PERWILA. Apa yg memalukannya? Dan apa yg lucah sebenarnya...? Anda berani untuk meletakkan fitnah, tetapi anda tidak berani menunjukkan siapa diri anda.

Atau sebenarnya anda sendiri jenis yg suka menyusup ke laman-laman lucah sehinggakan link dan blog sebegini pun dituduh sebagai lucah...

Kesian dgn insan seperti anda yg sudah tidak boleh membezakan yg mana haq dan yg mana bathil...

Norgadis Labuan berkata...

@Tanpa Nama.
BLOG SAYA BERSIH DARI SEGALA TUDUHAN ANDA.

Komen Ahli PERWILA:

DrHarun Pudin: Jangan hiraukan bloggers yang tak tahu menilai. Berkemungkinan ada yang ia tidak senang.

Maharatu Rafidah Mohamad: hahaha...sapa tuh ah?alah,small the pieces..1st mmg trkejut..bila da tgok td..alah,ketara org dengki la bah tu..sebab ndak kena ajak join skali dlm smua aktvt..slah siapa?slah sdiri la bah jg,sdh d ajak,ndak jua dtg,pas2 dangki..adat manusia btul la..

Norgadis Labuan berkata...

@N Athirah Al-Labuani.
Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini.