Jumaat, 27 April 2012

Kata Pinjam Tapi Macam Mencuri

Seperti biasa, setiap kali hari jumaat kalau nak ke masjid untuk solat jumaat, abang akan menggunakan motornya, yaa... cuma motor lama, tapi masih boleh digunakan, lagi pun senang nak parking memandangkan Masjid Kg. Bukit Kalam yang terletak atas bukit dan kawasan letak kereta pun sempit, menggunakan motor kira lebih mudah.

Kalau pergi kerja abang akan guna kancil

Sambung cerita tadi...
Tiba-tiba lepas solat jumaat, abang tercari-cari motornya.  Motor lain masih ada, tapi motor abang dah hilang dari tempat abang parking. "Tak kan aku salah parking" bisik hati abang.  Abang tengok lagi motor yang ada, sehingga ada sahabat yang sama-sama solat jumaat bertanya, abang guna apa pergi ke masjid, mungkin dia pelik sebab selalunya abang guna motor tapi kali ni motor abang tak kelihatan.  Abang pun kata motor dah kena curi...

Pendek cerita, abang pun berjalan perlahan menuruni bukit, walaupun adalah insan yang berhati mulia prihatin nak menghantar abang balik ke rumah, tapi abang memilik berjalan kaki kerana rumah dan masjid tak lah sampai 2km, lagi pun yang nak menghantarnya tak sama haluan, takut menyusahkan orang lain pula. 

Tiba sampai kaki bukit, kelihatan motor abang ditinggalkan ditepi jalan.  Pelik... tapi syukur, masih ada rezeki memiliki motor tu, tak jadilah abang balik jalan kaki... Tu yang aku kata, nak kata pinjam tapi tak minta izin, nak kata mencuri tapi motor dah dikembalikan... dunia... dunia... kalau dah rezeki tak kan kemana.

12 ulasan:

Mama Ann berkata...

Kalau sudah di katakan rezeki kita tak akan kemana..sudah curi pun akan di kembalikan balik..Tuahn maha kaya..

tehr berkata...

Pinjam kejap nak turun bukit tu, nor
Malas nak jalan kaki

Macam2 perangai ada kat dalam dunia ni

Norgadis Labuan berkata...

@Mama Ann.
Syukur, itu nama rezeki, tiada yang mustahli jika Allah berkehendak sesuatu.

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Agaknyalah, malas nak turun bukit, lagipun dia nak cepat agaknya tu, maklumlah tak ikut solat jumaat, nanti ada pula yang nampak hehehe...

No name berkata...

agaknya mmg nak curi kot, tiba - tiba dapat nur, terus cuak..

Norgadis Labuan berkata...

@Lizzie Yasmin..
Tak taulah apa niat dia sebenarnya, mungkin nak pinjam kejap, nak beli garam, garam kat rumah dah habis hehehe...

thomas berkata...

bukan senang nak curi kereta motor kat pulau ni.

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Labuan ni kecil, pusing2 akhirnya jumpa juga, cuma klu dah curi kadangnya bila jumpa balik, rupa pun dah berubah.

Hardy Boy berkata...

hehehe..citer yg mnarik... (^_^)

ieja amieja berkata...

assalam..
tu la kan klu msh rezki tu x kemana..
tp pelik jg kan , klu nak curi blh lak ditinggalkan tepi jln, klu nak pinjam pula x minta izin..mcm2 ragam manusia ni..

Norgadis Labuan berkata...

@Hardy Boy.
Menarik kerana motor dah dikembalikan, tapi kalau motor terus dicuri, ceritanya jadi menyakitkan hati..

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali ieja amieja.
Banyak ragam manusia yg sukar kita duga zaman ini...