BALING - Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.
Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.
Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.
Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai.
Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Bahan: Meja Bulatku
10 ulasan:
apa nk jadi dgn anak2 muda kita skrg
budak2 sekarang... parents kena banyak main peranan ni
@Khairul.
Pendidikan agama perlu diterap dari awal dan sebagai org tua, perlu tau kemana saja anak kita pergi. Yang lain tu, kita berdoalah agar anak kita selamat..
@syiela.
Klu anak2 yg patuh tu senang sikit, tapi klu anak2 yg degil tu... terpaksalah banyak bersabar...
Salam, norgadis. Malang betul nasib anak gadis tu. Kita doa2kanlah anak2 kita supaya terlindung dr bencana ini...
apalah nk jadi dgn zaman skrg ni
Salam kembali kak Imun.
Memang malang sungguh nasib dia, moga anak kita sentiasa dalam lindungan Allah amin...
@mama pipie.
Ramai remaja sekarang yang terbiar dan bebas ke mana-mana tanpa larangan dari org tua...
Antara kisah ngeri
Antara beribu yang terjadi
Antara negara dan anak negeri
@tehr.
Kisah ngeri dalam negeri
berkahwin sebelum dinikahi
merana hidup sendiri
Tiada siapa ambil peduli.
Catat Ulasan