Khamis, 19 April 2012

Bayi Mati Dipijak Ayahnya

 Gambar Hiasan  

IPOH - Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur. Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.

Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk. “Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah. “Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.

Bahan: Meja Bulatku

10 ulasan:

ieja amieja berkata...

astagfirullahalazimm..
jenis bapa apa lah ni, x de hati perut & perasaan..sedangkan haiwan pun sayangkan ank..

Unknown berkata...

astagfirullahalazim. ta de hati perut sangat. atau mungkin ayahnya gila. kan?

Norgadis Labuan berkata...

@ieja amieja.
Inilah... klu sudah mabuk sampai tak sedar diri...

Norgadis Labuan berkata...

@zera eira
Kadang kalau sudah mabuk memang mcm org gila jadinya...

Unknown berkata...

mmg sah bapak GILA !

tehr berkata...

Mabuk maknanya hilang akal
Memang tak dapat fikir apa2 lagi

Norgadis Labuan berkata...

@Khairul.
Memang dah gila agaknya bapa baby tu...

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Hilang akal tu seperti adik beradik dengan kurang waras dan gila...

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Malang betul nasib baby tu.... Klu sudah mabuk memang tiada akal...:(

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Kak Imun,
Kesian baby tu kan. Itulah sebabnya agama kita melarang kita minum minuman yang memabukkan, buruk akibatnya...