Khamis, 12 April 2012

Amaran Tsunami Malaysia Ditarik Balik

Syukur ke hadrat Allah, Amaran Tsunami telah ditarik balik, lega rasa hatiku, semalam anakku Athirah yang berada di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berhampiran dengan Nilai N9 sempat sms aku jam 7.23 semalam yang mengatakan area sana, Amaran Tsunami telah dikeluarkan. Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia iaitu PORT DICKSON & GEORGETOWN di antara jam 9.00 malam ini hingga jam 3.00 pagi.

Tiada apa yang dapat kami lakukan melainkan  doa kepada Allah agar keselamatan Athirah dan rakan sekuliahnya yang masih menjalani shot sem di KUIS akan selamat semuanya...

Jam 9.49 malam semalam anak aku sms lagi yang Amaran Tsunami telah ditarik balik, biarpun sempat mengalirkan air mata tapi terasa lapang didada setelah semuanya kembali tenang.

UPDATE SEMASA: Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.  12.04.2012.  Sila Jauhi Kawasan Pantai...

12 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
alhamdulillah...masih trauma dgn kejadian tsunami dulu walau tak merasainya sendiri..

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Kamsiah.
Walau dah lama berlalu, tapi tiap kali melihat video mangsa tsunami, air mata tetap mengalir, sedih sangat.

tehr berkata...

Hari ni tak sempat dengar berita tv
Tak tahu perkembangan tentang tsunami
Harap tiada kemalangan jiwa

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Kalau mengikut berita yang saya tengok, tiada berlaku korban, hanya gegaran yang dirasa.

ieja amieja berkata...

assalam..
Syukur lah..kami yg dok di PD ni pun terlebih risau jg..kesan tsunami lps pun x hilang lg dpt lak berita mcm ni..gawat sekejap

p/s:tq award tu ye..

Search ilmu berkata...

sangat merisaukan ini tragedi ehhe

Norgadis Labuan berkata...

@ieja amieja.
Kalau dah duduk kat PD memanglah risau, syukur tak jadi apa2 ya...

Norgadis Labuan berkata...

@Search ilmu
Ya. Sangat merisaukan...

Unknown berkata...

cuak gak opis bergoyang aritu

Norgadis Labuan berkata...

@Khairul.
Nasib baik tak apa2kn...

Masnaza berkata...

salam kak.
minta maaf petang tadi..
tekejut juga teserempak dengan kakak tadi di supermarket...

mesti kakak tekejut kan hehe... jemput ke BLOG kami....

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Masnaza.
Akak minta maaf sangat, maklumlah tak kenal, terkejut pun ada juga, ingatkan salah orang hehehe... InsyaAllah... nanti akak melawat blog Masnaza...