Rabu, 28 September 2011

Mesyuarat Pelancaran Buku Peluru Cinta Victoria


PCV atau Peluru Cinta Victoria memuatkan 15 buah cerpen yang kebanyakannya menceritakan gambaran sejarah, perkembangan sosial dan masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Labuan. InsyaAllah buku ini akan dilancarkan dalam bulan oktober ini.


Kelihatan Ketua 2 Perwila En Sahar Misron (Baju Putih), Katua 1 Perwila Dr Harun Hj Pudin (Baju Biru Tua) dan Setiausaha Perwila yang setia kerana sudah lebih 20 tahun bersama Perwila hahaha...

Kelihatan AJK Perwila yang hadir daripada 13 orang AJK sebenarnya.


Sesi menandatangani buku PCV oleh Ketua 1, Ketua 2 dan diikuti oleh para penulisnya...

Selain membincangkan berkenaan pelancaran buku ini, aku juga menyuarakan kekecewaan dari hasil cetakan yang tidak memuaskan hati, kalau ada masa nanti aku cerita, esok dah mula kursus. 3 hari berturut-turut dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam, harap cepatlah sembuh demam aku ni huhuhu....

6 ulasan:

Unknown berkata...

aktif jugak kak nor ya dlm berkarya

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul
Suka-suka je tu...

tehr berkata...

tahniah kepada semua ahli perwila
satu usaha yang sangat bagus dalam memperbanyakkan bahan bacaan di negara kita

Norgadis Labuan berkata...

Salam dan terima kasih tehr.
Penuh harapan kami agar usaha ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.

Kak Imun berkata...

Tahniah norgadis kerana aktif dlm karya. Semoga cepat sembuh juga ya....:)

Norgadis Labuan berkata...

Salam dan terima kasih Kak Imun.
Harap cepatlah sembuh, ni masih demam ni...