Ahad, 25 September 2011

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan Di Kuching, Sarawak




Rasanya dah 2 tahun Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ni tak diadakan, tahun pertama H1N1 dan tahun kedua tiada bajet kalau tak silap. Akhirnya tahun 2011 majlis diadakan di Kuching, Sarawak.

Anak silat Gayong Labuan hehehe... anak aku Nurzafirah ikut sekali... Tak menang pun tak apa maklumlah baru seminggu latihan sedangkan dari negeri lain dah buat latihan selama 3 bulan, kasihan budak-budak Labuan ni, napalah tak dari awal dapat berita tentang kejohanan ni...


Cikgu Azizan (Sek Men Sains Labuan) juga turut menjadi juri...


Kelihatan cikgu Mahazi (SMK Mutiara Labuan) duduk tengah
kat belakang tu...


8 ulasan:

khairul berkata...

hebat lah anak2 Kak Nor

My Life's Journey berkata...

Wahhh taniah :). Hebat anak sis noor :)

tehr berkata...

kalah menang kita letak tepi dulu
yang penting turut serta ambil bahagian
pengalaman ambil bahagian pun dah satu kejayaan
tahniah

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul.
3 anak saya belajar silat, saya dan suami dulu2 masa mudah pun minat dengan silat ni, mungkin minat tu dah menurun kepada anak2 kot...

Norgadis Labuan berkata...

@My Life's Journey
Terima kasih... dah minat anak2, saya sokong saja mana yang baik.

Norgadis Labuan berkata...

Salam dan terima kasih tehr.
Saya tak sangka anak saya akan terpilih mewakili sekolahnya, sebagai org tua, saya cuma menyokong minat anak2...

org muo berkata...

antara langkah2 memperkembang warisan seni silat melayu...adakan pertandingan & pertunjukkan..syabas penganjur

Norgadis Labuan berkata...

Salam org muo
Moga dengan adanya pertandingan seperti ini akan terus memantapkan seni silat kita...