Walaupun tak sehebat tanaman orang lain, tapi kalau tanaman sendiri telah menghasilkan buah tentu terasa seronok sendiri hehehe...
Kali ini 3 pohon pisangku berbuah serentak...
Nak kata suka makan pisang tanduk ni, tak juga, saja nak tanam...
Pisang ni tinggi sangat, nak ambil gambar buah pun kena zoom dulu
Sebelah tu pokok jagus (gajus) pernah berbunga tapi tak pernah jadi buah,
tak tau mana silapnya...
26 ulasan:
Nie mcm bukan pisang tanduk jer.. biasa pisang tanduk akan berbuah 1 biji.. hingga 3 biji sahaja.. kalau banyak 2 nie mcm pisang helang jer.. tapi entahlah lain tempat lain nama kan...
hemm entahlah..
Hai "inilah aku"
Pokok asalnya memang pisang tanduk, buahnya memang tidak banyak tapi setelah anak2 nya dipindah dan ditanam baru, inilah hasilnya, buahnya jadi banyak, saya sendiri pun rasa pelik...
yang seri tahu pisang tanduk cuma berbuah sekali je...lepas tu nak pindah anak dia baru boleh berbuah lagi...
errr tak tau apa-apa pasal pisang. hehe. cuma tau makan je. dasar pemalas (-_-)"
Oh, Lelakimu Istimewa !
Sibuk Jaga Hati Orang, Hati Sendiri Sumbat Dalam Tong Sampah
kalau berbuah banyak macam ni
untung sangat ni, nor
Salam Seri.
Betul tu Seri, kena pindah anak2 pisang tu baru ia berbuah.
Hai Miss Y.
Tak tau apa2? Tak apalah yg penting tau makan hehehe...
Salam tehr.
Klu buahnya banyak mcm ni, buahnya pun jadi kecil sikit...
suka goreng pisang tandung. hiris agak nipis. makan, cicah dgn sambal kicap.
:)
kalau beli, 2 bijik dah cukup banyak utk 1 family..
menjadi !
inilh untungnya klau berbudi pada tanah...;)
Salam, norgadis.
Puas hati kan, klu tanaman kita menghasilkan buah. Tidak puas tengok hari2, hehe.... (Kak memang macam ni, suka nampak tanaman berbuah).
Salam kakngah.
Betul, 2 biji dah cukup satu keluarga. Kat Labuan saya pernah jumpa harga sebiji pisang tanduk rm 1.50, mahal juga ya...
Salam khairul.
Pisang yang menjadi-jadi hahaha...
Salam Zurina.
Setakat ni alhamdulillah, walaupun taklah banyak sangat tanaman tapi ada juga untuk dimakan sendiri...
Salam kembali Kak Imun
Kalau tanaman dah menghasilkan buah, happynya yg lebih hahaha...
Itulah untungnya tinggal kat kampung ni, kalau tinggal kat flat, manalah ada kawasan nak tanam buah-buahan.
lepas ni tanam pisang raja plak..sedap buat lepat, pengat...
Salam ~Sya~
Pisang raja, elok juga tu klu ditanam, dapatlah selalu makan lepat pisang hehehe...
peliknye buah nie;)
lama dah x nampak pisang tanduk ni,,, hoooho
jom baca ni jap, mane la tau kot2 berminat ... sekadar berkongsi
....
Hai laskar pelangi.
Tak pernah nampak buah pisang tanduk ker?
Hai mien eaststar.
Mungkin tak ramai yg suka tanam pisang tanduk ni, itulah jarang nampak.
huh bestnya...goreng pisang panas..atau krepek pisang
Salam SUD@IS.
Saya suka makan kerepek pisang tanduk, sedap...
Goreng pun sodap !
Sya pun suka makan apa2 yg berkait dgn pisang. hidup suburnya tanaman itu.
Salam MEKAR.
Wah... suka makan goreng pisang ya, sama mcm anak saya si Puteri, paling dasyat... dia boleh makan goreng pisang dengan nasi pula tu...
Catat Ulasan