Khamis, 10 Februari 2011

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Wallahualam

32 ulasan:

khairul hisyam berkata...

yeke? baru tahu ada kuku panjang ni orang bodoh. ngee

abu luqman berkata...

salam singgah pagi...macam mana dia makan...takrasa kotor ke

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul hisyam.
Terpulanglah cara penerimaan kita. "Bodoh" pun mempunyai maksud yang luas sebenarnya...

Norgadis Labuan berkata...

Salam abu luqman.
Agaknya dia makan guna sudu panjang hehehe...

dina darwina berkata...

good info thanks for sharing n_n

Norgadis Labuan berkata...

Salam dina darwina.
Sekadar ingin berkongsi...

pak long berkata...

salam.....
kuku macam tu kalau berok nengok pun nangis..

Norgadis Labuan berkata...

Salam pak long.
Hahaha...! beruk pun terkejut terus sakit jiwa...

Cekodok berkata...

cekodok rasa takde dalil pun yang mengatakan ianya berdosa.. hehe.. cekodok bukannya pandai sangat dalam agama.. sebabnya jika ianya berdosa.. mengapa jika orang yang berniat untuk melakukan korban di sunatkan untuk tidak memotong kuku rambut dan lain2... tetapi memotong kuku antara termasuk di dalam sunnah... :)

KAY berkata...

mmg x boleh kuku panjang ni, nanti ambil air sembahyang tak rata, tak sah! aku pernah kena tegur dgn ustazah masa sekolah dulu... hu hu...

:: Zanna :: berkata...

tgk pun x berkenan dgn berwarna2..geli tol.. ^.^

Norgadis Labuan berkata...

Salam Cekodok.

Apakah ianya tidak menjadi dosa sekiranya apa yang kita lakukan itu boleh memudaratkan diri sendiri dan org lain?

Apakah ianya tidak menjadi dosa andainya kita memberi makan dan minun kepada orang lain dari sentuhan kuku kita yang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia?

Terpulanglah atas penerimaan masing-masing...

Norgadis Labuan berkata...

Salam KAY.
Betul tu, andainya kita berkuku panjang, sukar meratakan air wuduk, tambahan pula andainya kuku kita itu telah dicemari najis, pasti solat kita pun tidak sempurna.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Zanna.
Hahaha... saja cari gambar kuku mcm tu, biar nampak seram...

tehr berkata...

geli
memang tak lalu nak makan kalau orang yang sediakan makanan berkuku panjang

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.

Hehehe...
Kalau makan kat luar tu, elok tengok dulu siapa yang masak.

caliph shuriken berkata...

nmpak kotor jaa kuku pnjang cmtu, huh...

latest en3: ~ tira miss u ~

Norgadis Labuan berkata...

Salam caliph shuriken.
Walaupun kita nampak mcm tak elok berkuku panjang tu, tapi masih ramai juga yang suka berkuku panjang ni tak kira lelaki atau perempuan.

zulkbo berkata...

salam..
erppp..??
jari orang ke?
beruang ke?
atau hantu tu..?
la la..

Norgadis Labuan berkata...

Salam zulkbo.

Agak-agaknya jari siapalah tu?
Siapa punya jari, angkat tangan...

Myfrin's story berkata...

Salam, norgadis. Ooohh...teruk rupa dia klu kuku sepanjang ini. Macam mana la dia mandi dan pegi tandas...eewwww....

Norgadis, cantik rumah baru blog norgadis, hehe....

Cik Pija berkata...

pergh!! gambar kuku panjang tu buat aku hilang selera.. hadoii...

dan, agak pelik kan?? macam ne diorg nak basuh pas masuk tandas tu?? kuku panjang sgt...

Tanpa Nama berkata...

belah mana hadis dan Ayat quran tu tulis?

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum
kadangkala kita bercakap malampau maksud hukum hakam.. jika kuku panjang makruh, tapi bila org biasa tulis haram.
Disini pentingnya kita tidak mengelirukan antara haram danmakruh, antara yang dihukumkan haram dan makruh. Bahayanya jika kita menulis sesedap rasa dan mengharamkan yang makruh dan menghalalkan yang haram. Sila kaji erti makruh dan haram. Yang berdalilkan alquran dan hadis.
bila kita menulis bukan untuk mengelirukan, berdosa. Kita hendaklahmenulis untuk mendidik bukan terus melompat pada haram halal. apa kah di sebalik pengharaman? apa yang disebut didalam kitab alquran, dan hadis? apakah maksud di pengharaman tersebut. kewujudan blog yang mencut dan paste hadis dan benda berupa hukum agama dimana asal dan tujuan nya amatlah mengelirukan dan menyesatkan. pastikan anda tidak melakukan sedemikian. memberi ilmu maklumat yangmenyesatkan dan mengelirukan adalah berdosa dan tidak berlandaskan hukum dan niat sebenar Islam

wasalam

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kak Imun.
Klu p tandas? Tak dapat bayangkanlah, boleh pula kak Imun terfikir benda tu hehehe...

*Cantik? hehehe... terkial-kial tu membuatnya.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Cik Pija.

Itu yang pelik tu, bila kuku dah panjang, bagaimana dia nak bersihkan diri dia.

Norgadis Labuan berkata...

Buat Insan Tanpa Nama.

Dari sekolah rendah hingga menengah kita telah diajarkan supaya jangan menyimpan kuku panjang. KENAPA? Jika berkuku panjang, air wuduk yang kita ambil tidak sempurna, jika tidak sempurna, solat kita juga tidak sempurna. Bagaimana pula jika mandi hadas? Jika mandi hadas pun tak sempurna, bagaimana pula dgn kehidupan kita yg sentiasa dlm hadas? ke masjid, baca quran,solat dsb, apakah kita tidak merasa berdosa? Memberi makan dan minun kepada orang lain dari sentuhan kuku kita yg tak bersih, tidakkah ianya menjadi dosa. Klu sepanjang hidup kita, semua solat kita tak sah, bagaimana harus kita hitung dosa2 kita tanpa solat yg sempurna, sedangkan bab membersihkan selepas kencing pun jadi persoalan utk dpt solat yg sah, inikan pula bab hadas besar.

Maaf, mungkin entri ini tidak disukai oleh saudara dan saya tidak memaksa untuk saudara menerimnya. Terpulanglah atas penerimaan masing-masing. Terima kasih sudi memberi komen...

Tanpa Nama berkata...

Salamkaji balik adakah makruh itu ertinya haram? Adakah tertuli didalam hukum membawa erti haram. Kaji erti makruh dan haram. Bukan tidak suka tapi entry ini fakta nya salah. Bila kurang tepat maka ianya mengelirukan . Ini adalah salah. Kita nak berdakwah jgn main hentam kerana segala fakta adalah penting.pendakwah mestilah tahu etika menyampaikan yg hak dan elakkan yg batil.jika fakta tudak btul ianya boleh menjadi palsu.

Norgadis Labuan berkata...

Buat Insan Tanpa Nama.

Didalam entri saya, saya tidak ada menyentuh hukum makruh dan haram.

Tanpa Nama berkata...

Adakah dimana menyatakan haram menyimpan kuku panjang? Juga mengesahkan anak anak makan menjadi bodoh kerana kuku panjang(tak diketahui Panjang mana la). adakah dalil menyatakan anak2 yang bodoh adalah disebabkan ibunya berkuku panjang?
Apakah pengesahannya berdasarkan entry ini?

N Athirah berkata...

Buat insan "Tanpa Nama"
ada satu soalan di luar tajuk...

Adakah menjadi satu cara untuk seseorang yang suka memberi dalih dan complain itu tidak pula berani menunjukkan namanya sendiri..?
Mustahil anda tidak mempunyai nama sendiri...
Jika anda berasa diri anda benar, mengapa anda takut untuk mengemukakan nama anda sendiri.?

Untuk memberitahu umum akan nama sendiri pun takut, ini pula ada hati nak banyak complain pada entri/tazkirah yang dikongsi atas niat yang baik...

Agaknya anda memang suka menyimpan kuku panjang sehinggakan perkara sebegini pun hendak didebatkan...

Wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya tidak ada masalah dgn kuku sbb kuku saya pendek, tapi saya ada masalah cara andaian dituli dibawah:
"Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang".
apa pengesahannya? dari segi bukti dan hukum serta kaitan didalam kitab?
bukan nak cari gaduh, tapi betulkah andaian ini? apa nas dan dalil alquran? dan didalam kitab tauhid dan fekah?

Bila orang yang terdidik didalam ilmu agama akan tahu ini adalah andaian.
anggapan tidak boleh dinyatakan seperti ianya adalah hukum.
jika kita berdakwah sedemikian maka kita akan lebih menolak org dari ugama kita dari menarik mereka, kerana cara kita cepat menjatuhkan fatwa atau larangan berdasarkan budaya dan cara hidup.

banyak boleh dikupas kan isi blog tadi tapi, malas la.. tapi next time hati hati bila nak cakap hala haram.
ingat la sebelum sampai kepada haram beberapa stages dan bukti perlu jelas.
yg cut and paste entry seterusnya tidak menyatakan directly haram dan membodohkan.. malah ianya banyak pendapat dsbya.
kalau mahu berguru pergilah belajar dengan sekolah yg specialize ugama bukan dari tenet dsbnya....
belajarlah dari guru yang belajar dari kitab Alquran dan hadis serta bertauliah..
ungkapan cetek sebeginilah merosakan dakwah islamiah untuk outreach kepada orang islam yang semakin jauh dari islam sendiri..

wassalam