Jumaat, 4 Februari 2011

Tahun Baru Cina Di Rumah Pemilik Chuan Ann Coffee Shop

Hari ke dua Chinese New Year tahun 2011 ini aku, beraya di rumah Uncle Ah Khaw, Uncle ini sebenar pemilik Chuan Ann Coffee Shop yang tak berapa jauh dari Labuan Supermarket tu. Uncle ini juga adalah abang kepada mama aku. Oh oh oh... mamaku Puan kim Lian memang berketurunan cina.


Foto 1: Dari kiri Antie, aku, Uncle dan Wathiqah
Foto 2: Dari kiri Dg Halizah (ikut pangkat kakak ipar tapi ikut umur aku lagi tua), Norgadis (akulah tu yang tak berapa nak gadis lagi huhuhu), Siti Zainon (adik ipar, memang aku tualah tu) dan yang lain2 tu, anak2 kami.


Foto 1: 4 orang kat belakang tu dari kiri, Zahli (adik aku), Dg. Halizah (ipar), Norgadis (ehem ehem), Asman (abang aku yang awet muda), juga kelihatan babah (bapa aku) dan Ariffin (sepupu aku). Foto 2 malas cerita...


Foto 1: Uncle Ahad (baju putih, nama cina tak pandai eja), Puan Kim Lian (mamaku), Nurzafirah Nadirah (anak aku yang ke 2) dan sikecil manja tu Nurwathiqah Masturah (anak aku yg ke 4)

6 ulasan:

bjay69 berkata...

bestnye ada keluarga campuran.. barulah 1 malaysia.. :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam bjay69.
Walaupun berbagai bangsa tapi tali persaudaraan tetap erat.

tehr berkata...

sampai ke blog ni je aku asyik teringat kuih bakul
tak tahu kenapa - hehe

satu keluarga bahagia
kunjung mengunjung memang amalan yang mulia
tahniah nor

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Hahaha... gelak dulu, mungkin muka saya ni macam kuih bakul agaknya, tu asyik teringat kuih bakul je...

Perbezaan agama tidak memutuskan hubungan persaudaran antara kami...

Miss Nurun berkata...

bestnye u dpt sambut byk perayaan bersama~

Norgadis Labuan berkata...

Salam Miss Nurun.
Gitulah ragam kawin campur...