Selasa, 1 Februari 2011

Selamat Menyambut Hari Wilayah

Selamat menyambut hari Wilayah buat warga WP Labuan dan yang sewilayah dengannya hehehe... Kadang-kadang pelik juga tapi taklah mustahil, walaupun dah lebih 20 tahun Labuan menjadi Wilayah, namun masih ada segelintir warga kita yang menganggap Labuan masih lagi bersama Sabah. Kadangnya aku tertanya-tanya, apakah Labuan ini umpama di awangan, bukan bersama Wilayah persekutuan dan bukan juga bersama Sabah.

Mungkin kalian tidak mengerti apa yang kuluahkan, cuma aku ingin sedikit pengertian bahawa Labuan sudah pun menjadi Wilayah Persekutuan Labuan dan bukan lagi Labuan, Sabah. Namun kaitan persaudaran dan persahabatan dengan Negeri Di Bawah Bayu itu amat ketara sekali. Apa yang penting sebenarnya kita sama-sama rakyat Malaysia.


Jubli Perak Labuan
Karya: Norgadis Labuan

Hari Wilayah kau datang lagi
mengimbau kenangan
saat kau bergelar Pulau Labuan
bersama jalan-jalan tanah kuning
menuju rumah-rumah kampung
dan dihiasi sekolah berdindingkan kayu
menuju ke Pekan Labuan
yang di temani bangunan lama
serta rumah kedai penghias pekan.

Hari Wilayah kau datang lagi
kali ini
membawa bersama jubli perak
25 tahun bergelar Wilayah
memancar bersama sinar harapan
membangun bersama kebanggaan rakyat
melahirkan anak-anak bistari
lantas menjadi tunggak negara
pemaju bangsa
dengan hiasan kemuncak harapan
disebalik ujudnya
Universiti, Martikulasi dan sekolah bertaraf tinggi
menjadi tanda nama pembuka mata
mengangkat darjat Wilayah Persekutuan Labuan
di pesana dunia
seiring dengan kedewasaannya.

Selamat menyambut Jubli Perak
Hari Wilayah Pesekutuan Labuan
Ke - 25 tahun.


ANTOLOGI PUISI SEPULAU SEKASIH KITA 2009

16 ulasan:

LehaMY berkata...

Selamat Menyambut hari wilayah persekutuan labuan , kuala lumpur dan putrajaya~ hehehe :D

Norgadis Labuan berkata...

Salam LehaMY.
Sama-samalah kita menyambutnya, terima kasih ya sudi singgah.

Blur berkata...

puisi yg hebat dan selamat menyambut hr wilayah

Jom baca dan komen post terbaru Blur Fakta Menarik Part 3

bjay69 berkata...

selamat menyambut HARI WILAYAH. :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam Blur.
Terima kasih komennya dan Selamat Menyambut hari wilayah...

Norgadis Labuan berkata...

Salam bjay69.
Selamat Menyambut hari wilayah...

decrewz berkata...

Owh.. Org selangor diam2 jelh kje..hu3

Norgadis Labuan berkata...

Salam decrewz.
Nampaknya tak cutilah tu ya, selamat berkerja

little cart00n berkata...

selamat hari wilayah juga! :)

padin berkata...

selamat hari wilayah, :D

Norgadis Labuan berkata...

little cart00n...
Selamat Menyambut hari wilayah

Norgadis Labuan berkata...

Salam padin
Selamat Menyambut hari wilayah juga

tehr berkata...

dah 25 tahun rupanya
kira dah jadi anak bujang la ni

selamat hari wilayah
susah sulit sukar payah
semua kita sama meredah
mencari cahaya indah

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr, yg 25 tahun tu sewaktu tahun 2009, maksudnya puisi saya tu dah tersiar tahun 2009 sempena jubli perak.

27 tahun hari wilayah
Disambut oleh tuan dan puan
susah sulit sukar dan payah
Jadi semangat anak Labuan.

Myfrin's story berkata...

Selamat Hari Wilayah dan bercuti. Kak suka jalan2 di wp Labuan, tenang dan tidak sibuk....:)

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kak Imun.
Di Labuan ni nampak sibuk waktu perayaan saja, kalau waktu biasa tu tidaklah sesibuk di KK.