Khamis, 20 Januari 2011

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

18 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

memang banyak kelebihan yang kita tak tahu, thanks for sharing

Norgadis Labuan berkata...

Salam Sharinginfoz.
Lebih baik berkongsi daripada hanya sekadar tau sendiri, ya tak?

AiDa AzRyN berkata...

thanx 4 sharing ya! :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam AiDa AzRyN.
Moga berguna untuk kita bersama.

Si Sangkar Hitam berkata...

bgus2,.,.
infoo yang bgus

Norgadis Labuan berkata...

Salam Si Sangkar Hitam.
Apa yang baik tu kita kongsikan bersama...

zuanxi berkata...

alhamdulillah.. moga kita sama2 dpt pentunjuk Nya

Norgadis Labuan berkata...

Salam zuanxi.
Itulah yang kita harapkan, moga ada pertunjuk dari Allah swt.

shameel Iskandar berkata...

salam.

Dr Ir Wan Abu Bakar telah melakukan kajian dan telah pun membukukan kelebihan solat dalam kesihatan. Kajian yg amat sistematik dgn kaedah yg saintifik itu amat mengangumkan.

tehr berkata...

sujud yang lebih lama adalah lebih baik
apa2 pun segalanya perlu ikhlas

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali shameel Iskandar.
Beruntunglah kita sebagai umat islam sekiranya mengamalkan kaedah seperti ini untuk kesihatan.

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Saya sendiri mengamalkan sujud lama ini untuk menyembuhkan sakit pening yang telah lama saya hidapi. Alhamdulillah... ianya amat berkesan sekali.

UYC Group berkata...

sangat betul,kalo x silap dlu mase kecik ustaz umar pown de cte psl ni..

Norgadis Labuan berkata...

Salam Umar.
Betul tu, cuma kadang2 kita lupa apa yang pernah diajar oleh ustaz/ustazah setelah kita meninggalkan alam persekolahan.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik..

Tuan Penasihat berkata...

sebenarnya banyak lagi yang tak terfikir dek akal kita. tapi semua rahsia hanya allah saja yang mengetahui.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Tuan Penasihat.
Betul tu Tuan, pengetahuan kita hanya terbatas, Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Norgadis Labuan berkata...

Kepada Sahabat Tanpa Nama...
Terima kasih kerana sudi berkunjung di blog saya yang tak seberapa ini, harap sudilah berkunjung lagi dimasa akan datang.