Sabtu, 1 Januari 2011

Jalan-Jalan ke Chimney Di Kg Tanjung Kubong Labuan

Khamis, 2010 Disember 30

Setelah balik dari cuti-cuti Malaysia di Kota Kinabalu, tiba-tiba teringin pula nak bawa anak-anak jalan ke Chimney di kg Tanjung kubong Labuan. Dah lama juga aku tak bawa anak-anak ke tempat ini.


Mula-mula kami melawat Muzium Chimney dulu


Gambar di atas diambil di dalam Muzium Chimney


Setelah tengok dalam Muzium, kami tengok Chimney sebenar pula. Chimney ini mempunyai ketinggian 106' - 6" (32.5 meter) Chimney ini merupakan sebuah menara berbentuk segiempat dan terdapat lubang di dalamnya.


Keseluruhan monumen ini dibina menggunakan ribuan batu-bata merah yang tidak dilepa dengan susunan bata adalah corak tipikal Inggeris. Bahagian permukaan dinding sahaja dianggarkan menggunakan lebih 23,000 biji batu bata. Kerja-kerja ekskavasi mendapati tapak dasar monumen ini didirikan di atas tanah kaolin dengan kedalaman kira-kira satu meter. Ini dianggap mengkagumkan kerana tanpa penggunakan cerucuk seperti kaedah pembinaan hari ini Chimney tetap kukuh binaannya.

6 ulasan:

sud@is berkata...

banyak tempat2 menarik dalam lawatan noor,,hepi2 cuti malaysia

Norgadis berkata...

Salam S..U..D..@..I..S.
Kadang-kadang terlalu bz menyebabkan kita lupa nak bawa anak jalan-jalan. Pabila kita tengok anak2 happy, kita pun ikut happy...

PReDicToR berkata...

wahh...menarik

Norgadis berkata...

Salam PReDicToR.
Datanglah Labuan...

Tanpa Nama berkata...

selamat cuti2 jalan2 ;D

Norgadis berkata...

Salam maCy.
Dah balik pun...