KARYA: NORGADIS LABUAN
Tersiar di RTM Labuan FM Sempena Hari Raya.
Syawal telah tiba. Kelihatan kanak-kanak keriangan belari ke sana sini selepas solat dipagi raya. Nenek yang bangun sejak jam tiga pagi lagi asyik sibuk menyediakan juadah raya. Aku yang tinggal di rumah nenek juga turut membantu mana yang patut. Walaupun rumah nenek tidak sebesar mana, namun ketenangan amat terasa dengan suasana kampung yang ceria dibanding kawasan perumahan tempat kediaman kami sebelum ini.
Kulihat sepupuku adik Masturah yang berusia empat tahun seusia adikku yang tinggal bersebelahan rumah nenek, begitu comel apabila mengenakan tudung biru yang sedondon dengan bajunya. Tiba-tiba saja terbayang wajah adik, kemurungan wajah ayah dan wajah ibu yang sentiasa bergenang dengan air mata meski masih sempat menghadiahkan senyuman kepadaku. Keadaan ini benar-benar mengheret aku kealam yang memilukan.
"Ya Allah, kenapa aku dilahirkan didalam keluarga yang malang ini. Apakah dosaku. Apakah salahku ya Allah," aku menangis. Aidilfitri tahun ini tidak disambut seperti tahun-tahun yang lalu.
Aku masih ingat lagi kisah sewaktu petang itu, ketika aku sibuk membersihkan halaman rumah. Kulihat ibu sedang mengangkat kain jemuran dan ayah pula asyik dengan membersihkan kereta barunya. Aku rasa adik pasti masih tidur di dalam bilik waktu itu.
“Ira…! Ira tolong sapu halaman rumah kita ya, raya dah nak dekat ni, nanti ayah bagi Ira main bunga api,” kata ayah.
“Betulkah ayah, Ira boleh main bunga api? Seronoknya… Kalau gitu Ira sapu halaman rumah kitalah ayah,” dengan gembiranya petang itu aku terus melakukan apa yang ayah suruh.
“Rajin anak ibu,” aku melemparkan senyuman, ibu yang baru keluar dari rumah terus menuju ke arah kain jemuran sambil membalas senyumanku.
“Ayah yang suruh Ira buat ibu, kata ayah nanti Ira boleh main bunga api,” Ibu memandang ayah, ayah membalas pandangan ibu seketika.
Aku meneruskan kerja-kerja menyapu halaman rumah, sekali sekali bayu menghembus dan menjatuhkan helaian daun mangga yang membuat hatiku bertambah geram. Aku terpaksa menyapu semula kawasan yang tadinya telah kusapu bersih walaupun halaman rumah kami tidaklah seluas mana dibanding dengan kawasan rumah nenek di kampung.
Daun-daun kering kukumpulkan disudut halaman untuk dibakar. Ranting-ranting kayu juga turut kukutip agar halaman rumah kami kelihatan bersih menjelang raya nanti. Tentu ibu dan ayah akan memujiku andainya halaman rumah kelihatan bersih. Ayah pasti akan memberikan aku duit raya seperti tahun-tahun yang lalu.
Adik… Aku berharap jika adik besar nanti, bolehlah adik menolongku membersihkan halaman rumah kami ini. Emm… dalam usia empat tahun, manalah adik pandai menolong, kalau tolong menyemak bolehlah. Aku tersenyum sendiri kalau mengingat telatah adik.
Dalam kesibukan masing-masing, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan mercun di kawasan dapur rumah kami, aku terperanjat. Letupan mercun yang berterusan itu membuat aku tergamam.
Nak tahu cerita selanjutnya... KLIK DISINI
12 ulasan:
tahniah!best..=)
Salam Kalamhati.
Bestkah? Terima kasih... (aku yg perasan hahaha...)
semua orang boleh bergembira..
kuman "Darfur.." Entry
Hai Kuman Chaos!
"Semua orang boleh bergembira.."
Betul3 jangan gembira sampai tak sedar diri dahlah... hehehe...
best! :)
Hai nkara.
Terima kasih sudi membaca cerpen saya ini.
itulah raya
dalam gembira pasti ada yang berduka
Salam tehr.
Saat kita gembira beraya, jangan lupa kepada yang berduka...
Tahniah... cerita yang menarik
Salam Fuziani JSR.
Terima kasih kerana sudi baca cerpen saya ni, moga ceria selalu...
Assalamualaikum.
Kalau sekadar gembira, tidak menjadi hal. Digalakkan dalam Islam.
Tapi kalau ketawa terbahak2, ia perlu dihindari.
TQ
Wa'alaikummusalam Admin P@P.
Kalau sekadar gembira, tidak menjadi hal itu memang betul belaka, asalkan jangan terlalu gembira sampai melupakan Allah swt.
Catat Ulasan