Rabu, 19 Mei 2010

Remaja VS Rokok

Ahad lepas 16 mei 2010 aku masih lagi dengan aktiviti bersama remaja. Kali ini kami bawakan pegawai Kesihatan WP Labuan untuk memberi ceramah pasal rokok. Hish! zaman sekarang ramai sangat remaja yang merokok. Nak salahkan siapa? Kadang kala tu orang tua sendiri yang suruh anak-anak mereka belikan rokok di kedai...


Ini gambar aku bersama Puan Agnes Pegawai Kesihatan WP Labuan. Dari kiri Sdr Suili Bakar ANS, Puan Agnes, Cik Rafidah dan aku.

Kesan Sosial
  • Kurang konsentrasi
  • Ponteng sekolah/Kemerosotan prestasi pelajaran
  • Mempengaruhi pencapaian akademik
  • KelakuanDelinkuen/salah laku
  • Penglibatan dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan
Dah habis bahagian kesihatan... sambung pula bahagian kesenian... (seni sastera)

Aku tengah memerhatikan para pelajar dan sekali sekala membantu cara-cara menulis puisi hahaha... macam pandai saja, malas tah ku ingau

Kat atas tu gambar para pelajar sedang menulis puisi. Aku bagi dorang 30 minit je untuk siapkan puisi. Kejamnya aku huhuhu... Setiap kumpulan sekurang-kurangnya ada satu puisi untuk dibacakan di depan.


Nampak tak? Aku dah letih berdiri...

Alhamdulillah... dari 10 kumpulan, kami dapat mengumpul lebih dari sepuluh puisi. Akhir sekali para pelajar diberikan sehelai t-shirt setiap seorang. Sayang sekali aku lupa pula nak ambil gambar waktu tu...

4 ulasan:

Unknown berkata...

Hm,satu usaha baik untuk mendedahkan sastera kepada students.Orang muda ketika ni tak minat bab2 sastera.Yelah,majoriti nak berhibur dan taknak berfikir.macam manalah negara kita nak compete dengan negara maju lain?haiya!

Norgadis berkata...

Utk Lepat Pisang.
Betul tu. Bukan senang nak tanamkan minat sastera ni kepada remaja. Kita cuba usahakan mana yang mampu.

Ramai remaja sekarang suka berseronok je...

penjejak maya berkata...

salam,

sekarang ni bebudak perempuan pun dah pandai merokok..

eloklah mengasah bakat pelajar tu mungkin dari situ boleh saja kembangkan minat mereka..

Norgadis berkata...

Utk penjejak maya. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan saya.

Zaman benar2 dah berubah, lelaki perempuan masing2 nak tunjuk siapa yg hebat. Bab bebudak perempuan merokok ni sekarang dah meluas, mereka tak segan silu merokok di khalayak ramai, malah mereka rasa bangga pula.

Mereka sebenarnya tak sedar, perbuatan mereka itu akan merosakan masa depan mereka sendiri.