Ahad, 9 Mei 2010

Puisi Buat "IBU"

Ketika kurenung saat lena ibuku
matanya yang terpejam itu
dan bibirnya yang bagai tersenyum itu
memanggil kenangan saat ibu terjaga.

Ibu membebel bising
tika mengejutkan ku
kerana malas bangun bersolat subuh
ibu membebel geram
kerana aku belum mandi pagi
sedangkan hari semakin cerah
ibu membebel separuh marah
kerana aku masih lagi menghadap komputer
sedangkan bas sekolah hampir tiba.

Aku masih ingat lagi
saat ibu marah-marah
kerana aku malas belajar
sedangkan peperiksaan sudah bermula
aku masih ingat lagi
saat ibu tidak membenarkan menyentuh komputer
kerana aku chat dengan kawan sampai pagi
aku masih ingat lagi
saat ibu rampas telefon bimbitku
kerana bil hampir satu ribu.

Tika ini kurenung ibu
ibu terus lena
matanya yang terpejam itu
akan terus terpejam
bibirnya yang bagaikan tersenyum itu
tidak akan membebel lagi
kerana ibu akan dibuai lena yang panjang
bersama mimpi indah-indah
dan meninggalkan aku yang masih jaga.

Ibu
aku rindu padamu
saat kau memelukku
dan mengusap rambutku
kerana aku dalam kesedihan
aku rindu padamu
saat kau memberi penawar
sewaktu ku sakit demam
aku rindu padamu
saat kau menanamkan kata semangat
sewaktuku putus cinta.

Ibu
maafkan aku
kerana belum sempat
membahagiakanmu
maafkan aku ibu.
Dedikasi buat anak-anakku... ~Antologi Sepulau Sekasih Kita 2009~

14 ulasan:

HaiDa HiDa berkata...

menitis airmata saya kak.. penuh makna puisi ni..

Norgadis Labuan berkata...

@HaiDa HiDa.
Penghayatan yang cukup bagus, hahaha... gelak dulu supaya tak terus nangis huhuhu...
Puisi ini saya tulis khas untuk anak2 saya, moga anak2 saya akan terus mengingat saya tika saya sudah tiada kelak...

ashrafi berkata...

saya selalu rindukan ibu bapa saya..

Norgadis Labuan berkata...

@ashrafi.
Bersyukurlah andainya mash ada rindu utk ibu bapa. Jangan lepaskan perasaan itu dan jangan sampai rasa rindu sudah tiada...

tehr berkata...

hanya insan yg telah menjadi ibu sahaja yg tau nilai pengorbanan seorang ibu

[kami kaum bapa - cakap je yg lebih!]
hehehe

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Pengorbanan seorang bapa pun tinggi nilainya, sesiapa yang telah menjadi ibu dan bapa, pasti tau sedikit sebanyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh orang tua...
(kaum bapa jangan dilupa hehehe...)

shameel Iskandar berkata...

Puisi ini mengingatkan saya kpd ibu di kampung. Terlalu besar jasanya tapi terlalu kerdil balasan saya kepadanya.

Puisi ini membuatkan saya terharu.
Terharu dek kemuliaan seorang ibu.
Mulia kerna destinasi terkahir yg ingin dituju.
terletak dibawah telapak kaki perempuan bernama ibu.

penjejak maya berkata...

salam,

sayangi dan hargai ibu kita..

Norgadis Labuan berkata...

@shameel Iskandar.
Puisi yang saya tulis utk anak2 saya ni sebenarnya menyedarkan diri saya sendiri agar jangan sampai terlambat menghargai orang tua... kadang kala keterlambatan itu membuatkan kita kesal selamanya...

Norgadis Labuan berkata...

@penjejak maya.
Salam kembali...
Betul tu... sayangi dan hargailah ibu kita kerana syurga itu dibawah telapak kakinya...

Long Haffiz Long Hassan berkata...

selamat hari ibu akak yerk..lagi sekali..

Norgadis Labuan berkata...

@Long Haffiz Long Hassan.
Terima kasih Haffiz. Moga dpt cemerlang di London...

Seri Bahasa berkata...

sayang dan hormati ibu, tanpa mereka siapalah kita hari ini.

Norgadis Labuan berkata...

@Seri Bahasa.
Betul Seri... tanpa ibu... kita tak berupa apa2 pun huhuhu...