Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru Buat Ayah Tersayang


Cikgu Mohd Ali Bin Haji Gandul
(Berusia 67 tahun, pada 5 Ogos 2010 akan datang )

Pada tahun 1962 hingga 1964, Cikgu Mohd Ali Bin Hj Gandul telah menuntut di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Setelah tamat latihan perguruan, beliau mula bertugas pada 12 Januari, 1965 di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha. Waktu itu belum terdapat jalan raya lagi. Untuk sampai ke kampung Rancha-Rancha, beliau terpaksa menggunakan perahu melalui jalan laut.

Selepas empat bulan bertugas di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, beliau ditukarkan pula bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam. Pada tahun 1969 beliau telah memperolehi satu kejayaan kerana beliau telah lulus dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan mendapat pangkat A, walaupun waktu itu beliau hanyalah sebagai calon persendirian.

Pada bulan Mei 1973, beliau ditukarkan bertugas ke Kudat pula, iaitu ke Sekolah Kebangsaan Tandek Kota Marudu. Tiba di Pekan Kudat aku berjumpa Penyelia Daerah, kebetulan pegawai ketika itu pernah bertugas di Labuan kira-kira 17 tahun yang lalu waktu itu. Oleh kerana tiada rumah guru disediakan di Sekolah Kebangsaan Tandek, maka pertukaran pun diubah ke Sekolah Pekan Kudat.

Mungkin tuhan mahu menduga keimanan dan kesabaran. Di Pekan Kudat, beliau tidak memperolehi rumah untuk disewa. Manakala beliau terpaksa menyewa rumah di kampung Pengaraban. Beliau terpaksa menaiki basikal untuk pergi ke Pekan Kudat dari kampung Pengaraban. Pengalaman yang tidak menyenangkan apabila Guru Besar Sekolah Pekan Kudat tidak membenarkan cuti sakit, walaupun ada surat cuti dari hospital.

Akhirnya beliau mengambil keputusan pergi ke Kota Kinabalu berjumpa dengan Pegawai Pendidikan di sana. Nampaknya beliau bernasib baik, beliau akhirnya telah ditukarkan ke sekolah baru di Sekolah Kebangsaan Petagas dalam daerah Penampang. Di sekolah tersebut, beliau telah memegang satu jawatan baru, iaitu sebagai Guru Besar. Kebetulan sewaktu beliau mengambil alih tugas di sekolah tersebut, Guru Besarnya telah bertukar ke Maktab Perguruan sebagai Pensyarah.

Cikgu Mohd Ali, bertugas di sekolah tersebut dari bulan September 1973 hingga awal Januari 1976. Di Sekolah itu, beliau dapat menyatu-padukan guru-guru dan bermuafakat dengan penduduk kampung sehingga dapat kerjasama menjayakan sukan sekolah. Sekolah tersebut juga mendapatkan sebuah bangunan tambahan yang mengandungi empat buah bilik darjah.

Pada tahun 1976, Cikgu Mohd Ali ditukarkan semula bertugas di Labuan. Beliau telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kerupang. Beliau mula bertugas pada 08. Januari 1976 juga sebagai guru besar sekolah.

Pada tahun 1981, beliau bertekad untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan sokongan dari keluarga yang begitu memahami keinginanku untuk meningkatkan pengetahuan, beliau teruskan hasratnya untuk menduduki peperiksaan tersebut, walaupun pada dasarnya amat sukar untuk beliau membahagikan waktu belajar, kerja dan keluarga. Syukur alhamdulilah, nampaknya tidak sia-sia usaha beliau selama itu. Beliau telah lulus dalam peperiksaan tersebut.

Selama 22 tahun beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Kerupang, banyak pembaharuan telah beliau lakukan. Antaranya, terdapatnya kantin sekolah yang agak selesa untuk murid-murid, berdirinya empat buah bangunan baru untuk menampung kemasukan murid-murid yang semakin bertambah, terdapatnya gelangang badminton, tandas moden, pentas yang digunakan untuk acara-acara rasmi, surau, bilik muzik dan sebagainya.

Bersama perasaan bangga dan besar hati,akhirnya beliau meletakan jawatan sebagai guru besar kerana waktu besara telah mengundang untuk beliau berehat bersama keluarga yang telah banyak memberi sokongan.

Pada tanggal 3 jun 2000 beliau telah menerima Pingat Pangkuan Negara PPN dari Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Istana Negara Kuala Lumpur dan pada tanggal 28 haribulan oktober 2000 bersamaan dengan usia beliau yang ke 58 tahun beliau telah menerima Anugerah Bintang Setia Kinabalu yang disampaikan oleh Datuk Haji Sakaran Bin Dandai di Dewan Seminar Sipitang Sabah.




18 ulasan:

aril berkata...

selamat hari guru..

Norgadis Labuan berkata...

Utk aril.
Terima kasih "Selamat Hari Guru"

Daddy Zuki berkata...

saya begitu menyanjungi usaha gigih guru2 zaman dulu yg rela menempuh segala cabaran dlm mendidik anak bangsa.

penjejak maya berkata...

salam,

begitulah lambang guru sejati..

tehr berkata...

guru dulu... bertugas melalui hati
guru sekarang... bertugas melalui janji

berbeza kan?

shameel Iskandar berkata...

Terharu saya membaca mehnah dan tribulasi warga pendidik zaman dahulu. hari ini, majoriti tempat sudah disinggahi kemajuan. Setidak-tidaknya dah ada bekalan elektrik dan air. sudah ada jalan raya.

Apa yg pasti, guru (baik dahulu, kini dan selamanya) umpama hujan yg mencurah. di mana sahaja singgah
pasti meninggalkan lembap dan basah.

Kamsiah berkata...

tanpa insan bergelar guru...kita tak kenal ABC..123..

Norgadis Labuan berkata...

Utk Daddy Zuki.
Guru-guru dulu lebih utamakan kecemerlangan murid-muridnya tanpa mengharap apa-apa balasan.

Norgadis Labuan berkata...

Utk penjejak maya.
Salam kembali buatmu juga,
Guru umpama lilin, jangan biarkan lilin itu membakar dirinya sendiri demi org lain, bantulah ia utk kebaikan bersama...

Norgadis Labuan berkata...

Utk tehr.
Andainya guru itu bertugas melalui hatinya yg ikhlas dan janjinya ingin melihat anak bangsanya berjaya, insya-Allah dia akan menjadi guru yg berjaya.

Norgadis Labuan berkata...

Utk shameel Iskandar.
Perjalanan hidup sebagai seorang guru itu amat sukar, selalu disalah tafsirkan, dicemuh dan dicerca, namun guru yg bijak mendidik dan penuh keikhlasan, akan dikenang sampai bila-bila...

Norgadis Labuan berkata...

Utk Kamsiah.
Betul, tanpa guru siapalah kita...

Aida Ali berkata...

Saya pernah menjadi Penyelia Petang di SK Bukit Kalam pada tahun 1995 - 1997. Sejak itu, saya belum pernah lagi menjejak ke WP Labuan. Pengalaman yang sungguh manis tika di Labuan.

Norgadis Labuan berkata...

Utk Aida Ali.
Tentu seronok, ada kenangan manis di Labuan... bila lagi nak datang ke Labuan?

Azrai Ahmad Zamri berkata...

salam ziarah..
betul2..
jadilah apa pun, asal berilmu.. =)

Norgadis Labuan berkata...

Utk Azrai Ahmad Zamri.
Salam kembali buatmu. Ilmu itu penting untuk dunia dan akhirat.

Seri Bahasa berkata...

Wahai murid yang bijaksana,
Jangan alpa kepada mereka;
Pengorbanan guru tak terharga,
Bersinar ibarat sebutir permata.

" Selamat Menyambut Hari Guru "

Norgadis Labuan berkata...

Utk Seri Bahasa.

Moga pelajar di luar sana,
Tidak lupa jasa gurunya,
Mengajar membaca juga mengira,
Hingga jadi org berguna.

Terima kasih Seri...