Selepas beberapa aktiviti dibuat untuk para pelajar, tiba-tiba...aku diminta berceramah pula tentang puisi. Sepatutnya penceramah dari pusat kesihatan yang berceramah, tapi penceramah yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba, aku pula jadi mangsa...
Tolong...! Tolong...! aku nak ceramah apa ni, persiapan pun tak ada, sebuah puisi pun aku tak bawa... adoooi...! Tak tau apa nak aku ceramahkah... Nak fikir pun tak sempat nak fikir...
Akhirnya aku dijemput berceramah juga tentang puisi... untuk tidak mengecewakan, aku duduk/berdirilah kat depan macam dalam gambar kat atas tu, tapi aku taklah berceramah, cuma sembang-sembang tentang puisi je... lepastu aku jemputlah sahabat yang telah banyak menulis puisi iaitu saudara Suili Bakar untuk membacakan puisinya... Ringan beban aku...
Mesyuarat AJK Kembara Sastera dimulakan selepas berakhir aktiviti untuk para pelajar.
23 ulasan:
tahniah kerana tidak menghampakan pelajar w/pun tanpa persediaan
jujur dan ikhlas selalunya datang secara spontan sahaja
Utk tehr.
Terima kasih bebanyak...
Pabila berdepan dengan pelajar, teringat sewaktu mengajar darjah 1 dan 2 tahun 90an dulu-dulu...
salam ziarah..
agreed with tehr..
mereka yG hebat tentu mampu memberi walau tak bersedia..yG penting kesungguhan & kesanggupan
Utk Azrai Ahmad Zamri.
Wah...! kau berpakat dengan tehr ya Roy. Main setuju je... Padan muka aku huhuhu... Apa pun, kita cuba buat yang terbaik dan yang termampu...
salam...
nak blajor la dengan sifu puisi ni...
Utk pak long.
Nak belajar apanya cikgu, saya pun masih belajar...huhuhu...
mesti ceramah tu menarik......... tengok bebudak tu khusyuk mendengar jer......... apa pun tahniah dari ibu
Utk Lepat Pisang.
Betul, zaman sekarang ni remaja kurang minat dengan puisi, kami sebagai ahli PERWILA di Labuan ni, berusaha menarik golongan pelajar agar meminati bidang sastera dengan cara membuat aktiviti yang berkaitan.
Utk iBu...gUru.
Terima kasih cikgu, segan pula rasanya maklumlah saya ni surirumah saja bukannya guru. Klu guru tu memang biasa berdepan dengan pelajar.
uikkk...ko penceramah ke weh...kagum2... apa beza puisi ngan sajak eh...bole bg contoh2 tak?dr dulu aku tanya tapi takde sapa yg bole jawab...
Utk Mario.
Hahaha... gelak dulu...
aku bukan penceramah, aku surirumah hehehe, cuma aku diminta berceramah mengganti penceramah lain huhuhu...
Ok bab puisi dan sajak pula...
Sajak dan pantun sebenarnya tergolong dalam kumpulan puisi. Sajak adalah puisi dan puisi tidak semestinya sajak...
Andaikata anda di jemput ke Brunei bagaimana? Bolehlah sembang-sembang puisi di sini....
Utk Masbi Ar.
Berceramah puisi bukanlah bidang saya. Saya sebenarnya lebih senang menulis puisi. Kami ada ahli yang lebih mahir dlm bidang ini seperti sdr Ag Asim contohnya. Beliau mempunyai pengalaman yg banyak dlm bidang ini.
Klu tak silap, bulan july ini ada pertemuan penulis Nusantara ke 4 di Brunei, insya-Allah ada ahli kita yg akan ke sana nanti.
Terima kasih kerana respon yg baik, semoga ada hubungan erat penulis Brunei-Labuan bagi sama-sama memertabatkan sastera wilayah dan nusantara....
Utk Masbi Ar.
Terima kasih kembali. Hubungan erat Labuan-Brunei sudah lama terjalin. Moga ianya akan terus berkekalan.
Insya-Allah 11 jun ini kami PERWILA akan ke Temburong bertemu dengan para karyawan di sana.
Suatu berita yang baik, sayangnya saya di daerah Tutong, semoga kunjungan tersebut berjaya....
Utk Masbi Ar.
Kami PERWILA pada bulan jun ini menjalankan program Kembara Sastera, yang mana kami akan bertemu para karyawan Sipitang, Lawas, Beaufort dan beberapa daerah lain termasuklah Temburong Brunei. Kami memang berharap benar agar program ini akan berjaya.
Seperti persatuan anda, B2K kami juga selalu mengadakan perjumpaan dan sembang puisi. Pada 4hb Jun malam ini kita akan mengadakan baca puisi Ahmad Rejab di kawasan terbuka dekat pasar Tutong. Kita juga sedang mengusahakan penerbitan antologi sajak 10 orang penulis daerah Tutong sempena 50 tahun Perlembagaan Brunei dengan kerjasama DBP Brunei. Saya amat besar hati berhubungan melalui maya bersama anda.
Utk Masbi Ar.
Tahniah atas usaha penulis di sana. Nampknya penulis2 di Tutong juga aktif ya. Berkenaan sajak yang akan diterbitkan itu, adakah terdapat sajak dari saudara sendiri?
Kami di Labuan, bulan lepas baru saja melancarkan Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" yang telah memuatkan karya 11 orang penulis di sini.
Salam sdri Norgadis, ya saya diantara 10 orang penulis didalamnya.Sejak B2K ditubuhkan, kita telah menerbitkan 2buah antologi sajak dan sebuah antologi cerpen. Tahun 2009, kita mengadakan Sembang Puisi Merdeka ke 25 buah rumah di daerah Tutong. Cara ini lebih mengeratkan hubungan penulis dng masyarakat keliling.
Adakah sdri akan menyertai Pertemuan Penyair Nusantara ke4 yang akan diadakan pada 16-18 Julai anjuran ASTERAWANI?
Utk Masbi Ar.
Sayang sekali saya tidak dpt menyertai Pertemuan Penyair Nusantara ke4 yg akan diadakan pada 16-18 Julai anjuran ASTERAWANI. Sebenarnya saya tidak boleh tinggalkan anak kecil saya. Program kembara sastera ini pula, saya membawa sekali anak saya atas permintaan ketua program kerana saya merupakan bendahari program tersebut.
Mungkin kali ini sdri tak berkesempatan untuk menyertainya, tapi pertemuan-pertamuan akan datang InsyaAllah siapa tahu...
Utk Masbi Ar.
Insya-Allah dimasa akan datang kemungkinan, jika izin Allah swt. saya akan menghadiri Petemuan penulis seperti sebelum ini.
Catat Ulasan