Sabtu, 22 Mei 2010

Aku Buat Apa Ni..?


Semalam aku dapat panggilan dari Tuan Haji Othman Mahali, dia minta aku buat persiapan untuk pelancaran buku "Sepulau Sekasih Kita", hari ini jam 2 petang bersamaan dengan hari sabtu 22 mei 2010. Adoooi! aku tak tau apa nak buat, dulu cadang nak letak buku tu dalam ais. Masa nak lancarkan tinggal ketuk je ais tu dan keluarkanlah buku "Sepulau Sekasih Kita". Ini acara mendadak, tak sempat nak buat macam tu lagilah...

Nak cerita sikit pasal "Sepulau Sekasih Kita". "Sepulau Sekasih Kita" ini merupakan Antologi Puisi karya dari Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan, PERWILA. Penerbitan ini diusahakan sepenuhnya oleh PERWILA sendiri.

Ada 11 buah puisi aku didalam buku ni dan selebihnya puisi dari 10 ahli PERWILA yang lain
  1. Al-Amin
  2. Andainya Aku Jatuh Cinta
  3. Doa Seorang Ibu
  4. Ibu
  5. Jubli Perak Labuan
  6. Pertemuan
  7. Seketika Di Masjid Nabawi
  8. Sepulau Sekasih Kita
  9. Tak sempat
  10. Tekad
  11. Waktu
Ok kita sambung lagi cerita tadi... Oleh kerana ianya umpama bidan terjun, aku pun buat persiapan mana yang aku termampu je... Awal pagi tadi dah sibuk pergi bandar membeli apa yang patut untuk upacara pelancaran "Sepulau Sekasih Kita"


Akhirnya "Sepulau Sekasih Kita" berjaya dilancarkan petang tadi oleh YB Datuk Hj Hajiji Bin Hj Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah di Dataran Labuan. Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil....


Dari kanan, Hjh Hasnah Sambas (AJK PERWILA), YB KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj Mahal (Ahli Perlimen WP Labuan), YB Datuk Hj Hajiji Bin Hj Noor (Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah), Dr Harun Hj Pudin (Ketua 1 PERWILA), Norgadis Labuan (Akulah tu hehehe...), Cik Rafidah Mohamad (P. Setiausaha PERWILA) dan Sdr Suili Bakar (ANS)




Sdr Abd Laham Ludin sedang mendeklamasi Puisi "Sepulau Sekasih Kita"

Ok dah tamat cerita aktiviti hari ini, esok ada aktiviti lain pula... tunggu cerita aku di entri akan datang ok... Sampai jumpa lagi, rehat dulu,masih letih ni...

18 ulasan:

tehr berkata...

salam
tahniah atas pelancaran buku baru - semoga sukses selalu

penjejak maya berkata...

salam,

teringat dulu zaman sekolah kalau ada apa-apa pelancaran biasanya ketuk gong sahaja..

jed_biru berkata...

tahniah kak nor..

Norgadis berkata...

Utk tehr.
Salam kembali buatmu.
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih...
Harap2 adalah buku yg dpt dilancarkan lagi dimasa akan datang hehehe...

Norgadis berkata...

Utk penjejak maya.
Salam kembali penjejak maya...
Zaman sekolah rendah memang selalu ketuk gong tapi zaman sekolah menengah, macam2 dah kena buat.

Norgadis berkata...

Untuk jed biru.
Terima kasih jed biru. Senang2 datang lagi ke Labuan ya...

Kasawari berkata...

teringat juga zaman sekolah saya .. gemar mendeklamasikan sajak..

tahniah sis!

Norgadis berkata...

Utk Kasawari.
Saya lebih suka menulis sajak dari mendeklamasikannya...

Terima kasih Kasawari.

Cikgu Dahlia berkata...

tahniah kak :)
tak sangka akak ni penulis puisi :)

Norgadis berkata...

Utk DaHLia.
Terima kasih...
Menulis puisi untuk suka-suka...

pak long berkata...

salam..
waaa hebat aa...tahniah la..
cam mana nak dapat buku tu..?

Norgadis berkata...

Utk pak long.
Salam kembali dan terima kasih.
Buku tu dijual dgn harga RM 15 sebuah. Klu nak buat pesanan bolehlah berhubung dgn bendahari persatuan PERWILA, ada no hp di blog PERWILA atau boleh juga buat pesanan melalui saya sendiri dan saya akan sampaikan kpd bendahari persatuan.

Mommyyus berkata...

tahniah ye...banyak betul ilham nak tulis sajak.

Norgadis berkata...

Utk Mommyyus.
Terima kasih... ilham kurnia dari Allah...

Tanpa Nama berkata...

ellis dtg spray shieldtox b4 tido..ekek..

Norgadis berkata...

Utk ellis suriyani.
Nanti datang lagi bawa spray ya...

Tanpa Nama berkata...

heee..jalan tengahari sementera intenet x bengong..uhuhu

Norgadis berkata...

Utk ellis suriyani.
Tengahari panas sangatlah ellis...