Ahad, 3 Januari 2010

SMK Mutiara WP Labuan Membuka Pendaftaran Masuk Sekolah Untuk Tingkatan Satu 2010




Sesi Taklimat Untuk Ibubapa Pelajar Di Dewan Semarak SMK Mutiara WP Labuan

Hari ini SMK Mutiara, WP Labuan membuka pendaftaran masuk sekolah untuk tingkatan satu bagi tahun 2010. Kira-kira jam 8.30 pagi sesi taklimat untuk ibu bapa pelajar diadakan di Dewan Semarak SMK Mutiara WP Labuan. Taklimat dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan Pengetua SMK Mutiara WP Labuan, Pn Hjh Zamzam Abd Rashid. Selepas itu diikuti pula ucapan serta perasmian oleh Yg Dipertua PIBG SMK Mutiara WP Labuan, En Awang Bin Talip. Terdapat juga sedikit makluman yang disampaikan oleh beberapa orang guru yang bertugas bagi melancarkan sesi pendaftaran tersebut.


Sesi Pendaftaran Masuk Tingkatan Satu 2010

Apa yang amat mengharukan, kehadiran ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka tahun ini diluar jangkaan. Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan penuh untuk melancarkan perjalanan sesi pendaftaran bagi memasuki ke tingkatan satu samada aliran agama atau sebaliknya.
Kelihatan penuh sesak ibubapa serta pelajar menunggu giliran mengambil buku dan baju SMK Mutiara WP Labuan bagi tingkatan satu 2010.

Nuratikah Nazurah Salah Seorang Pelajar Tingkatan Satu Hibiscus 2010 (Aliran Agama)

3 ulasan:

Pendidik Lama berkata...

Salam 1Malaysia,

Terima kasih norgadis, ibu kepada pelajar SMK Mutiara yang sudi berkongsi maklumat mengenai pendaftaran pelajar baru 2010. Kerjasama seperti ini amat dihargai dan sepatutnya contoh kepada ibu bapa lain.
Terima kasih sekali lagi...

Pendidik Lama
SMK Mutiara
06012010

Norgadis berkata...

Terima kasih kembali, saya cuma lakukan apa yang termampu...

Tanpa Nama berkata...

I can consult you on this question. Together we can find the decision.