Selasa, 5 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan Tadika Al-Iman Layang-Layangan Bagi 2010

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi Tadika Al-Iman Layang-Layangan WP Labuan. Manakala semalam 4 Jan 2010 adalah hari pendaftaran untuk anak-anak memasuki sekolah tadika tersebut.

Hari ini juga adalah hari pertama persekolahan untuk Nurwahiqah Mastura Binti Abbas. Nurwathiqah Masturah, yang baru berusia 3 tahun 8 bulan ini, telah memeranjatkan kedua ibu ayahnya apabila menyuarakan hasratnya untuk ke sekolah seperti kakak-kakaknya yang lain.

Ibunya cukup gelisah, takut-takut keinginan Nurwathiqah bersekolah hanya mainan bibir sahaja, apa yang lebih merisaukan, andainya Nurwathiqah menangis dan minta dijaga oleh ibunya sehingga waktu persekolahan berakhir. Perangai Nurwathiqah Masturah memang diketahui oleh keluarganya bahawa selama ini beliau tidak pernah mahu tinggal bersama jiran atau dengan neneknya sekalipun.

Namun kerisauan itu akhirnya hilang setelah melihat reaksi Nurwathiqah yang cukup tenang bersama kawan-kawan barunya.

Silaunya... tapi tak apa, dah nak balik ni...

0 ulasan: