SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-84 TAHUN PADA 29 DIS 2009 ~HAJJAH UMAI BINTI AMAN~
Hari ini kami keluarga sebelah suamiku merayakan majlis hari lahir ibu mertuaku yang ke 84 tahun di rumah kakak ipar Syimona. Walaupun hari lahir ibu mertuaku jatuh pada 29 Dis lepas, namun majlis dibuat hari ini memandangkan hari ini adalah hari cuti. Jemputan hanyalah dikalangan adik beradik / keluarga sebelah suamiku sahaja, namun begitu kemeriahan tetap terasa oleh kami.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dibaca oleh suamiku sendiri.
Setelah itu diteruskan dengan nyanyian lagu ulang tahun dari cucu / cicit mertuaku dan diikuti pula acara memotong kek.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan bersama...
Terima kasih kepada kakak iparku Syimona yang bersusah payah merancang /menyediakan dan menjayakan majlis tersebut.
5 ulasan:
Selamat Hari Lahir, semoga sihat selalu.
Selamat hari lahir mama, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu. Sayang mama...
Selamat Hari Lahir Nenek...
Dari Puteri...
Selamat Hari Lahir Nenek...
Semoga dirahmati Allah selalu...
Happy Birthday Grandmother...
Happy Always... Love you...
Catat Ulasan