SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.
Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.
Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.
Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.
“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.
“Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.
Menurutnya, tabiat menghisap susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.
“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.
“Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.
Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.
“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru.
“Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.
Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.
“Sebaik berhenti susu badan, dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah dinasihatkan supaya berhenti menyusu.
“Anak saya menyusu hampir setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu botol sehingga tertidur,” katanya.
Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.
“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.
“Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya. Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.
Bahan: Meja Bulatku
19 ulasan:
erk... pelinya!! tak pernah dengar lagi mcm nie
Perbuatan yang tak salah
Cuma di luar kebiasaan
Salam, norgadis. Memang ramai yg mengalami keadaan serupa. Makcik suami kak pernah menyusu botol sampai dia darjah 6.
@deno.
Inilah kali pertama saya dengar...
@tehr.
Memang tak salah, tapi jarang dibuat oleh anak gadis yang telah remaja....
Salam kembali kak Imun.
Kalau setakat sekolah rendah pernah juga saya dengar tu tapi ini kira dah remaja, dah sekolah menengah, inilah kali pertama saya dengar...
pelik2..tp x pa..asalkan tak memudaratkan x salahkan
@khairul.
Tengok nampak sihat budak tu, kira oklah tu ya..
assalamualaikum..
sungguh pelik sekali..dan sangat2 jarang berlaku...
Wa'alaikummusalam Blog Usang.
Jarang berlaku tapi ada seorg kawan, baru2 ni cerita yang dia menyusu botol sampai umur 15 tahun tapi taklah sampai masuk majalah hehehe...
hihi.. kalau hisap botol susu kat khalayak ramai ni mmg akan nampak pelik. tapi tak salah punn..
ank sdara sy suka minum teh pakai botol susu, hukk...
@proton_gt.
Tak pelik bagi orang yang biasa, pelik bagi orang yang tak biasa...
@ASaDa RyutaRo.
Rasanya klu dah remaja tu, mereka akan hisap susu botol ni kat rumah je...
@caliph shuriken.
Rasanya klu guna susu botol ni senang nak minum, waktu baring pun boleh minum, tak tumpah pun...
@proton_gt.
Ramai orang banyaklah ragamnya, begitu juga org yang nak melontar komen, bagi saya mana yang baik kita ambil dan yang tak elok tu kita tinggalkan, yg peting kita happy dgn cara kita sendiri...
chrome hearts
supreme new york
off white shoes
nike sb
kd shoes
jordan shoes
a bathing ape
supreme clothing
jordan shoes
hermes birkin
Catat Ulasan