Selasa, 6 Disember 2011

Resepi Kek Sarang Semut Untuk Lovely Edda


KEK SARANG SEMUT

Kali ini aku nak kongsi resepi kek sarang semut yang diminta oleh Lovely Edda... Resepi kek sarang semut ini aku dapat dari bini abang aku, Dgku Halizah (Ayu) namanya sama seperti nama adikku Halizah cuma bezanya dia ada dayangku, tapi kami lebih senang memanggilnya Ayu. Ok terus kepada resepi kek sarang semut...

Bahan-bahannya:-

1 Camca teh esen vanilla
2 Cawan tepung naik sendiri
2 Cawan gula
½ tin susu pekat manis
6 sudu mentega
6 biji telur
2 cawan air
1 camca the bikarbonet & baking powder

CARA-CARA MEMBUATNYA

Panaskan kuali dan masak gula hingga merah dan mendidih. Kemudian masukan air dan didihkan seketika. Biarkan hingga sejuk. Putar telur hingga kembang, kemudian masukan mentega, susu manis, esen vanilla, bikarbonet & baking powder serta tepung naik sendiri. Putar hingga sebati.

Masukan gula merah yang telah sejuk tadi dan kacau dengan sudu hingga sebati tanpa mengisarnya. Masukan kedalam loyang dan kukus @ bakar.

Selamat mencuba...

8 ulasan:

tehr berkata...

kek ni mudah kenyang bila makan
hehe

Nies berkata...

Kek ni kene sentiasa bertudung sbb nanti semut pegi "conquer" wat sarang die...

denzel berkata...

wuih enaknya...:)

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Kek ni orang tua2 yanng suka makan, kira kek dulu2...

Norgadis Labuan berkata...

@Nies.
Kalau nak makan kek ni, kena halau semutnya dulu hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

@denzel.
Enak dimakan bersama keluarga...

eclipsesweet berkata...

wah wah.. sedap bangat sih..

tapi, x pandai buat sendiri laa..

tolong hantar ckit boleh? hehehehe...

Norgadis Labuan berkata...

Salam norhafizahalias
Boleh boleh boleh... hantar guna email hehehe...