Selasa, 20 Disember 2011

Biarpun Hitam...

Dah seminggu tak update blog, 11 dis 2011 (ahad) aku pergi ke Benoni, Papar, Sabah, bini abang aku meninggal, sabtu lepas aku pergi lagi ke Papar menghadiri kenduri arwah. Mesyuarat biro sastera pun aku tak dapat hadir, perjumpaan dengan pegawai pelancongan pun aku tak dapat ikut serta, ada beberapa lagi aktiviti yang terpaksa kutinggalkan. Blog aku pun dah sedih agaknya, terpaksa kutinggalkan begitu saja...

Hari nak cerita apa ya? Emmm... aku nak kongsi sikit pasal buah berwarna hitam ni, mama yang belikan aku buah ni.


Buah ni kami panggil buah kembayau, tak tau pula namanya kat tempat lain


Sebelum dimakan, kita kupas kulitnya dulu, ada orang suka kupas begini, nampak cantik agaknyalah, tapi aku lebih suka kupas semua kulitnya, supaya rasa lebih sedap sewaktu dimakan.


Setelah dibersihkan, letak buah kembayau dalam mangkuk dan tungkan air panas kedalamnya, biarkan beberapa minit sehingga isinya lembut.


Setelah isinya lembut, buang airnya dan bolehlah dimakan begitu saja, tapi aku lebih suka ditabur gula diatasnya...

12 ulasan:

khairul berkata...

1st time tgk buah ni kak Nor

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul.
Mungkin kat semenanjung tak ada buah mcm ni...

tehr berkata...

macam pernah makan je kat sarawak
tapi dimakan dengan nasi
dah lupa apa nama dia

Norgadis Labuan 2 berkata...

Salam tehr.
Kalau nak makan dengan nasi pun boleh, kalau nak makan begitu saja pun boleh juga. Saya suka makan waktu minum petang...

BisMi Aishah berkata...

buah apa nie...

sedap tak? mcm nk cube mkn jeee

Norgadis Labuan berkata...

Salam BisMi Aishah.
Buah ni namanya buah kembayau, rasanya lemak dan sedap...

Miss Xyz berkata...

nmpk mcm sedap aje.. sye x prnh tgk lgi..

Norgadis Labuan berkata...

@Miss Xyz.
Rasa lemak dan sedap, bijinya keras tapi dalam bijinya ada isi yang boleh dimakan, rasanya seperti kuaci...

Abu Luqman berkata...

tak penah makan nie

MERAH berkata...

Salam, wah ni ptame kali kenal buah ni.ape rasenye eh?hehe

Norgadis Labuan berkata...

Salam Abu Luqman.
Rasanya buah ni ada kat Sabah je...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali MERAH.
Rasa buah ni? Nak kata manis, tak juga, nak kata masam, tak juga, tapi rasanya sedap...