Jumaat, 23 Disember 2011

Mama Mau Ke Gaya Street


Sudah lama rasanya aku tidak ke Kota Kinabalu, kebetulan ahad lepas aku berada di Benoni, Papar dan mama teringin sangat nak ke Gaya Street yang terletak di Kota Kinabalu sebelum balik ke Labuan, maka... aku, adikku dan babah ikutilah keinginan mama.


Setelah lebih kurang 40 minit dari Benoni, Papar, akhirnya kami sampailah di Gaya Street yang mana setiap hari ahad ramai pedagang berjualan di kawasan tersebut .


Dah sampai tu, kami pun ambil kesempatan untuk bergambar...


Gaya Street penuh sesak, nak jalan pun susah, ramai sangat pengunjung yang datang


Kawasan ini tidak jauh dari Gaya Street


Kami sempat juga singgah di KK Plaza, Watiqah suka sangat dengan patung kat belakang tu...


Rehat sekejap


Sewaktu menunggu bas 12.30 tengahari untuk pergi ke Menumbok


Dalam bas menuju Menumbok. Dari Menumbok kami menaiki feri Duta Muhibah menuju ke Labuan. Wathiqah tertidur keletihan. (Perjalanan lebih kurang 3 jam)


Lebih kurang sejam, kami pun sampailah di Labuan.

5 ulasan:

tehr berkata...

cuaca pun nampak cerah je
memang elok sangat untuk jalan2

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Sebenarnya tiada rancangan nak ke
kota Kinabalu ni...

thomas berkata...

Tak naik speed boat ke?

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Waktu tu angin kuat, ombak pun besar2, tak berani nak naik speed boat. Kalau ikut feri besar lagi lambat tapi ikut feri kecil ni pun hampir nak muntah. Pening...

Tanpa Nama berkata...

supreme
jordan shoes
bape
goyard
off white outlet
bape
bape shoes
supreme t shirt
goyard
Golden Goose