Sabtu, 10 Disember 2011

Bertemu Dengan Sahabat Alam Maya

Petang emalam aku bertemu dengan sahabat alam mayaku Rosmah Binti Lamat. Dia dilahirkan di Labuan dan membesar di Kota Kinabalu dan sekarang tinggal di Putrajaya, jauhnya tu.

Cuti sekolah ni dia datang ke Labuan bersama 2 anak daranya. Untuk anak sulungnya tu, tahniah kerana dapat 5A dalam UPSR...

Mula-mula tu aku nak bawa ke Taman Burung, lagi pun dia belum pernah lagi melawat Taman Burung ni, maklumlah dulu-dulu waktu kecil, Taman Burung ni belum ujud lagi kat Labuan. Tapi sayangnya, Taman Burung tutup pula petang tu... adoi! aku nak bawa ke mana pula dorang ni, kesihan dorang tak sempat nak round Labuan, hari ahad dah nak balik KL.

Akhirnya aku bawa dorang ke Taman Damai, kebetulan dia nak tengok pantai kat Labuan ni. Masa amat singkat, tak sempt nak bawa tengok pantai yang lain.


Sebelum mengakhiri pertemuan yang singkat itu, kami singgah di Restoran Samuder, dia pula yang belanja aku makan, segan pula aku...

Apa pun, terima kasih Ros, walaupun ini adalah pertemuan kali pertama , namun kurasakan, kita seperti sudah lama bersahabat, moga kau akan terus ceria disamping anak-anak tersayang.

*Buat bekas tunangku yang tercinta, terima kasih kerana memberi keizinan untuk "sayang" (panggilan manja tu) meluangkan masa buat seorang sahabat...

12 ulasan:

LydSunshine berkata...

Berapa RM nak masuk taman burung kat Labuan? Nnt kalo saya pegi Labuan, boleh la awk bwk saya jalan2 jugak kan? Hihi.

Norgadis Labuan berkata...

@LydSunshine

Bayaran masuk di Taman Burung utk pelajar RM2 dan bagi dewasa RM3, murah je...

tehr berkata...

tak tau bila nak jejak kaki ke labuan
[pernah juga saya jumpa beberapa sahabat maya tahun ni]

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Nanti kalau balik Sarawak tu, singgahlah kat Labuan.
Wah... pasti best dapat jumpa sahabat mayakan, dapatlah kenal wajah pemilik blog teh ramuan yang sentiasa berahsia tu hehehe...

Unknown berkata...

itulah guna nya blogging ni kan

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Sejak anak kak habis belajar d Matrik Labuan, kak tak pernah lg ke Labuan. Macam rindu pulak dgn Menumbok tu, hehehe....

thomas berkata...

Kamu pergi Tmn Burung,saya pergi tenguk Gedung Ubat di belakang Chimney.

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul.
Betul3... BW... boleh mengenali kawan yang jauh dan dekat...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Kak Imun

Ada masa, bolehlah jalan2 kat Labuan lagi...

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Dah tenguk Gedung Ubat di belakang Chimney? Ada ambil gambar kat sana tak?

Thomas Lee/Lee Lip Pang berkata...

dah ambil gbr2nya

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Sempat juga ambil gambar ya...