Selasa, 27 Disember 2011

Angry Birds

Siapa yang tak tau dengan "Angry Birds"? Anak aku sekecil Watiqah pun sikit-sikit nak beli angry birds, kalau nak diikutkan pening kepala.

Tau tak mesin putar-putar, masuk 2 keping 50 sen, dapatlah hadiah dari mesin tu, itulah yang Wathiqah buat untuk dapatkan patung angry birds, kalau nak belikan semua warna, memang bukan aku orangnya (ibu yang kedekut)


Ini patung angry birds yang aku belikan dengan harga RM2.80. Setelah dapat yang ini, Wathiqah mau warna lain lagi huhuhu... ibu tak mau belikan...


Bermulalah cerita mesin putar-putar angry birds. Aku tak tau guna mesin tu tapi anak aku Zafirah tau cara nak guna. Dialah yang ajar Wathiqah guna mesin tu. Mungkin dah rezeki dia, cubaan pertamanya mengena angry birds merah.


Ini cubaan kedua angry birds biru (hari yang lain)


Cubaan ketiga angry bird hitam bom!! (hari yang lain juga)


Cubaan keempat angry birds putih, juga hari yang berlainan.


Ini semua Wathiqah punya hehehe... ada 2 lagi telah diberikan kepada kakak-kakaknya...

18 ulasan:

Mama Aishah berkata...

anak buah bismi

kemaruk jgk angry bird nie..

sampai botol air nk g sekolah pun angry bird...

satu set laa kata kan

Norgadis Labuan berkata...

@BisMi Aishah.
Budak2 gitulah, tengok kawan ada angry bird, dia pun nak juga...

Rafi Harumin berkata...

Assalamualaikum.

Angry Bird... siapa yang tidak kenal. Anak buah saya sendiri pantang jumpa yang ini. Hehehe

thomas berkata...

Banyak sangat angry bird nanti keluar angry mum pula baru tau.

tehr berkata...

macam ni boleh penuh satu rumah ni, nor
hoho

bukit gambang berkata...

comel lah angry bird tu, tapi macam tak angry jer mukanya..hehe

Norgadis Labuan berkata...

Wala'aikummusalama shrafi.
Samalah dengan Wathiqah, klu nampak apa2 saja yg ada wajah angry bird pasti dia nak juga...

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Hahaha... klu anak paksa kita beli angry bird banyak2, pasti angry mum akan keluar hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Nasib baik angry bird Wathiqah ni kecil-kecil, klu yg besar, memang penuhlah rumah saya yg comel tu hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

@bukit gambang.
Saya pun pernah tanya soalan yang sama, macam tak angry je tu hehehe...

burnkelana berkata...

nasib baik anak2 aku masih kecik lag..hehehe

wakgelas berkata...

anak wak pon sukak angry birds jugakkk...,, eeeeE wak dh dateng nii nk komen komennnn bahhh

Norgadis Labuan berkata...

@burnkelana.
Kira selamatlah, taklah ada angry bird masuk rumah...

Norgadis Labuan berkata...

@Wak Gelas™.
Seorang saja anak saya tak minat dengan angry birds ni, yang lain semua suka...

Unknown berkata...

heran kan tetiba angry bird ni leh popular satu dunia

Norgadis Labuan berkata...

@Khairul.
Saya pun pelik, dulu saya pernah beli bantal angry bird ni, masa tu belum popular lagi, Wathiqah pun biasa2 je, tapi klu sekarang... over happy dapat angry bird.

Seri Bahasa berkata...

angry bird ni top betul tahun ni...semua barang dia mcm pisang goreng panas...

Norgadis Labuan berkata...

@Seri Bahasa.
Betullah Seri, ramai budak2 suka dgn angry bird tu...