Rabu, 21 Disember 2011

Aku Ke Papar, Sabah

11 Disember 2011, Ahad

Jam 12.30 tengahari , aku dapat cal dari mama sambil nangis-nangis. Rupa-rupanya bini abang aku meninggal di Papar, Sabah. Setelah mendapat keizinan dari laki aku, aku pun menyiapkan pakaian untuk dibawa ke Papar. Selepas solat zohor, aku pun berangkat ke Tarminal Feri Labuan.


Feri mula bergerak kira-kira jam 1 lebih. Ramai penumpang hinggakan terpaksa duduk di lantai, sabar je lah. Kelam kabut punya cerita, makan pun tak sempat, anak saudara aku yang turut waktu itu terpaksa makan nasi yang dijual didalam feri. Aku dan sepupu aku tak ada selera nak makan waktu itu.


Jam 4.10 petang kami telah sampai di Menumbok dan terus menaiki bas menuju ke Papar. Kira-kira jam 6.15 petang barulah sampai di Benoni, Papar. Arwah sudah selamat dikebumikan waktu itu, bantuan orang kampung dan saudara mara disana amatlah kami hargai.

12 Disember 2011, Isnin

Awal pagi kami telah bersiap untuk meninggalkan rumah ibu arwah


Mula-mula singgah sekejap di pekan Papar, adik aku si Liza nak naik bas dari Papar ke Kota Kinabalu. Lepas tu barulah kami meneruskan perjalanana...


Waktu tengahari, uncle bawa kami ke Beaufort untuk makan tengahari. Setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Menumbok


Setiba kami di Menumbok, kami singgah sebentar di Masjid untuk solat jamak Zohor dan Asar.


Sementara menunggu feri sampai, uncle bawa kami jalan-jalan kat pantai berhampiran. Feri mula bergerak dalam hampir jam 5 petang, sepatutnya kalau ikut jadual feri bergerak jam 4.30 petang. Oleh kerana ada masalah sikit, itu yang jadi lambat. Kami sampai diLabuan hampir jam 7 malam.

9 ulasan:

royansableng berkata...

turut berduka cita ya
atas meninggalnya saudarax
semoga amal ibadanya diterima disisiNya

tehr berkata...

takziah untuk nor dan keluarga

Unknown berkata...

kasihan kt abang kan..semoga dia tabah mengharungi kehidupan mendatang

burnkelana berkata...

jauhnya.. anyway, semoga dia ditempatkan disisi orng2 yg beriman..

Norgadis Labuan berkata...

@4kopisusu Online.
Amin... Terima kasih atas doanya.

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Terima kasih...

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Memang kesihan kat abang, walaupun umur arwah isterinya masih muda, tapi kalau dah ajal, tiada siapa yang dapat menghalang.

Norgadis Labuan berkata...

@burnkelana.
Selepas keluar dari hospital Labuan, arwah terus dibawa balik ke kampungnya di Benoni Papar. Pada mulanya kelihatan semakin sihat, ingatkan dah nak sembuh, tapi tak sangka ajal dah dekat rupanya...

smeloa berkata...

r5k32z2v57 g9n26u9s76 a2p75y4w56 b4n58u6q18 f7l01a9c20 q6j49h0d35