Khamis, 17 November 2011

Resepi Kek Batik Untuk Lovely Edda

Hari ni blog aku masuk dapur pula, nak kongsi resepi kek batik yang diminta oleh x kawan sekolah aku kat SMK Labuan dulu. Lovely Edda nama manjanya hehehe...

Resepi ni asalnya aku dapat dari mak cik aku yang aku panggil kak Chin, setiap kali hari raya aku selalu minta dia buatkan kek ni, lepas tu dia syorkan supaya aku cuba sendiri. Aku pun mintalah resepi... Walaupun tak pernah melihat cara dia membuatnya, aku cuba juga membuatnya, main hentam sajalah... nak mencuba? Inilah resepinya...

KEK BATIK NORGADIS
Bahan : -
10 Biji Telur (selalunya aku guna 6 biji telur gred A, nak jimat hahaha)
2 Kotak batter
1 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Biasa
1 ½ Cawan Milo
1 Tin Susu Manis (Ini aku guna setengah tin, sebab takut kena kencing manis)
2 Sudu Browning (Gula Hitam)
½ Plastik Biskut Marie (patah-patahkan biskut tu)

CARA-CARA MEMBUATNYA
Panaskan kuali. Masukan batter, telur dan gula. Gaul hingga gula cair. Kemudian masukan tepung, milo, susu dan browning. Gaulkan hingga mendidih dan pekat (perlahankan api).

Setelah adunan tidak melekat pada kuali, masukan biskut marie yang telah dipatah. Gaul hingga sebati dan kemudian masukan kedalam loyang. Padatkan adunan dan biarkan sejuk. Akhir sekali potong dan hidangkan.

Cuba jangan tak cuba...

14 ulasan:

Cik Diana berkata...

sedap nyer.. mmg suka kek nie.. dh lame xbuat nie.

Unknown berkata...

hantaq mai kat saya satu tupperware :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam Cik Diana.
Kek ni adik saya suka makan, kalau jarang2 makan saya pun suka juga...

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul.
Boleh3... mai hantar email nanti saya sent hehehe...

EmpayarUtama berkata...

Nak sikit :)

tehr berkata...

sedapnyaaaa....
petang2 macam ni memang sesuai sangat jadi hidangan
hehe

Norgadis Labuan berkata...

@EmpayarUtama.
Nak semua pun boleh, sila-sila...

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr
Petang-petang makan kek batik bersama teh O lagi sesuai...

thomas berkata...

sedap ni,saya boleh makan saja buat tak pandai.

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Kalau pandai makan tak pandai buat, elok beli je... senang...

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

sedapnya kek batik :P

Norgadis Labuan berkata...

@:ini belog saya . cinta hati saya:
Sedap ya... bolehlah cuba buat ni...

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Terima kasih krn berkongsi resepi kek ini dengan kami semua. Akan sy simpan dan cuba buat keknya nanti, hihi...tapi tak tau la jadi ka tidak keknya nanti.....:D

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kak Imun.
InsyaAllah jadi kek tu, dulu mula-mula saya cuba buat, alhamdulillah terus menjadi...