Isnin, 14 November 2011

Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 Di SMK Mutiara


Sudahkah anak-anak anda menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang? Kalau belum, bersabarlah, insyaAllah akan dapat nanti tu dan kalau sudah bersyukurlah, dulu zaman aku mana ada dapat bantuan RM100 ni, biasiswa pun tak pernah dapat huhuhu...


Ramai sangat waktu, ibu atau bapa diminta hadir bersama salinan kad pengenalan untuk menerima bantuan RM100 bagi anak masing-masing. Aku menguruskan 2 orang anakku dan 2 orang lagi anak saudaraku. Ayah dorang kena opret kat Kota Kinabalu, Uminya pula menemankan ayah dorang kat sana, jadi urusan di sini akulah yang bantu.


Wang bantuan RM100 tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun 2012.


Pengetua (baju putih bertali leher) En Sahar Misron juga ada bersama waktu itu


Nampak dia tengah tersenyum tu, happylah tu dah dapat RM100


Aku pun happy dah selesai urus budak-budak ni...


Nak tayang sikit, RM100 tu... (ibu tak dapat RM100, dapat letih je huhuhu...)
Guna duit tu untuk keperluan sekolah, bukan guna untuk kasi makan handphone kamu tu tau..

13 ulasan:

Eena Arrina berkata...

folow ena.ada hadiah utk new folower :P

Eena Arrina berkata...

folow ena.ada hadiah utk new folower :P

Norgadis Labuan berkata...

@Eena Arrina.
InsyaAllah nanti saya follow

Dinar berkata...

syukur rezeki bergolek tu nor...

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Syukurlah dapat kan. Zaman kak dulu pun mana ada bantuan RM100, hehe... Betul tu, utk beli buku tau, bukan kasi habis beli reload, haha.....

Norgadis Labuan berkata...

@Dinar.
Syukur... rezeki anak-anak...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali kak Imun,
Samalah kita, zaman kita sekolah dulu, mana ada bantuan macam ni, syukurlah apa telah diberikan, harap2 digunakan dengan betul.

Scarlett O'Hara berkata...

Kasi makan handphone?Hahahaha...Kelakolah ibu ni.

Norgadis Labuan berkata...

@Scarlett O'Hara.
Hahaha... Biasalahkan budak2 ni sikit2 nak beli reload, saya memang tak belikan punya, klu nak beli kena jimat duit belanja sekolah, ni dah dpt RM100 janga pula beli reload...

khairul berkata...

lega kak nor...wife sy dh p collect tadi...lepas la nk makan nasi kandaq mlm tadi

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul.
Saya semua bagi kat anak, biar dorang guna beli peralatan sekolah untuk tahun depan. Awal2 dah keluar duit kita bayar baju dan buku sekolah...

tehr berkata...

syukur alhamdulillah
sekolah kami akan diadakan pada 23hb nanti
dah pasti kena gi sekolah dalam cuti

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Nampaknya kena pergi sekolah waktu cutilah tu... tak apa yang penting semua dapat...