Rabu, 9 November 2011

Majlis Penyampaian Sijil Tadika-Tadika Islam MAIWP

30 Oktober 2011

Baru sempat nak post kat blog, sibuk sangat semenjak kebelakangan ni, sibuk memanjang, bila pula masa tak sibuk musim hujung tahun ni hehehe...


Aku menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Tadika-Tadika Islam MAIWP baru-baru ini. Acara ini adalah tahunan, aku mesti hadir, sekadar memberi semangat dan sokongan untuk anak kecilku Wathiqah.


Sewaktu penyampaian hadiah, tiba-tiba elektrik terputus, sempatlah bergelap selama 2 minit, kejap je...


Kecil-kecil dah pandai baca Quran. Aku sempat mengalirkan air mata waktu budak-budak dari Tadika Al-Iman Layang-Layangan ni menyampaikan nasyid huhuhu... terharu sangat...


Ini pelajar yang mengakhiri pengajian mereka di tadika, maksudnya tahun depan dah masuk tahun satu kat sekolah rendah.

10 ulasan:

HAW berkata...

wah, hebat!.. taska ank kita kat sini buat kat dewan org ramai je!

Kak Imun berkata...

Alhamdulillah, lepas tadika ni masuk tahun satu sudah. Berseri2 si Wathiqah. Sama la dgn anak bungsu kak, tahun dpn masuk tahun 1 juga....:D

Norgadis Labuan berkata...

@HAW.
Rasanya inilah pertama kali saya menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Tadika-Tadika Islam MAIWP di dewan sebesar ini.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kak Imun.
Wathiqah masih lagi belajar kat tadika tahun depan, tahun 2013 baru masuk tahun 1. Tapi semua pelajar tadika Islam MAIWP akan mendapat sijil setiap hujung tahun.

EmpayarUtama berkata...

Eh, anak aku tadi pagi :)

Norgadis Labuan berkata...

@EmpayarUtama
Tadika jugakah tu?

RESMANSHAH berkata...

Comel dan bijak dia...Hehehe

Norgadis Labuan berkata...

Salam RESMANSHAH.
Siapa yang comel dan bijak tu Res? Akukah? hahaha (perasan)

khairul berkata...

wow

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul
Sampai tak terkata...