Jumaat, 18 November 2011

Penyampaian Sumbangan Kepada PIBG Dan Bantuan Awal Persekolahan KPM 2012


18 November 2011, Jumaat. Majlis penyampaian sumbangan kepada PIBG dan bantuan awal persekolahan KPM tahun 2012, telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yussuf Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan di Dewan SMK (C) Chi Wen WP Labuan.


Aku mendapat jemputan untuk menghadir majlis tersebut. Asyik-asyik muka aku... jangan bosan ya...


YB telah memberi sumbangan sebanyak RM 1,000 setiap PIBG sekolah-sekolah di Labuan


Manakala sekolah-sekolah bukan kerajaan mendapat sumbangan sebanyak 10k


Anak aku Zafirah dan kawan sekelasnya...

Zaman sekolah aku dahulu, mana ada bantuan seperti ini, bersyukurlah anak-anak sekarang, banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan.

15 ulasan:

♥ eYLa ♥ berkata...

salam kak, patutla macam kenal.. saya jd urus setia jabatan pelajaran hari tu. hihi... tym pendaftaran tu, saya tgk muka kaka, eih.. macam kak nor.. hehe

tehr berkata...

sekolah kami akan buat majlis ni besok
kena gi sekolah la...
hujan2 ni buat malas bergerak je

Cik Diana berkata...

rezeki2.. ;)

Cik Diana berkata...

rezeki2.. ;)

Norgadis Labuan berkata...

@♥ eYLa ♥
Salam kembali,
kenal sayakah? Maaflah... saya yang tak kenal awak, kenapa tak kenalkan diri....

Norgadis Labuan berkata...

Sal tehr.
kat sekolah telah diadakan lebih awal tapi majlis ni untuk seluruh Labuan

*Cuti pun terpaksa bertugas nampaknya...

Norgadis Labuan berkata...

@Cik Diana
Rezeki jangan ditolak hehehe...

thomas berkata...

Happylah budak2 boleh buat belanja cuti sekolah ni.

sdr musa berkata...

syok nya dpt usin.. bule tah kan makan seafood

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Bolehlah beli keperluan sekolah untuk tahun depan.

Norgadis Labuan berkata...

@sdr musa.
Inda boleh pulang kan makan seafood, pakaikan pembali naindah sekolah bah tu...

Addien berkata...

semoga dengan ini kita menjadi lebih bersyukur akan nikmatNya

Norgadis Labuan berkata...

@Ad-Dien
Itulah yang diharap-harapkan, agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

♥ eYLa ♥ berkata...

malu la kak, takut nnt salah org..
tp bila tgk akak post entri ni, terus yakin itu kaka
hihihi

Norgadis Labuan berkata...

@♥ eYLa ♥
Kalau salah orang pun tak apa, sekadar bertanya, tak salahkan? Harap nanti kita boleh berjumpa lagi dan sekaligus daptlah bergambar sama...