Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan


Moga tiada lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Labuan adalah Wilayah Persekutuan.


PABILA HATI DIJAJAH (Cerpen)
Karya : Norgadis Labuan

Sekali imbas, sayur-sayuran hijau yang subur itu bagaikan wang yang bertaburan. Sayur kangkung, cangkuk manis, terung, timun, kacang panjang, serai, peria dan termasuklah ulam-ulaman. Aku juga menanam keledek, ubi kayu, tebu dan jagung pulut. Nun di hujung sana, terdapat pokok-pokok getah yang sudah siap untuk ditoreh. Itulah kerja abang Mat setiap hari. Semuanya mendatangkan hasil untuk keluarga. Tidak sia-sia kalau berbudi dengan tanah.

Petang itu, disaat aku asyik menyiram kebun di belakang rumahku, tiba-tiba saja aku terdengar orang memberi salam. Salamnya segera kusahut.

"Eh Said, Apa hal tergopoh gapah ni?"

"Kak! Abang Mat. Abang Mat, kak…" kelihatan Said seperti orang yang serba salah. Aku bingung dibuatnya.

"Apa hal pula dengan abang Mat. Abang Mat belum balik lagi dari surau,"

"Aku dengar orang-orang Jepun tu, cakap pasal abang Mat, aku harap kakak dapat beritahu abang Mat supaya berhati-hati,"

"Yalah," jawabku ringkas. Said terus berlalu sambil dua tiga kali menoleh ke arahku. Aku sebenarnya tidak mengerti, apakah yang membuatnya seperti orang yang tidak pernah kukenali. Apa yang kutahu, adik lelakiku itu adalah seorang periang dan tidak pernah bermasalah. Tapi apa pula kaitannya dengan abang Mat.

Tidak beberapa lama selepas Said berlalu, tiba pula tiga orang Jepun. Salah seorang daripada mereka bernama Yokohawa yang merupakan pembantu kepada Jeneral Jepun yang baru datang ke Pulau Labuan. Manakala yang dua orang lagi, langsung tidakku kenali.

"Ini isteri Ahmad?" Yokohawa bertanya tanpa memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Ya saya. Ada apa tuan? Nak jumpa abang Mat ya? Dia belum balik lagi dari surau," terperanjat juga aku dengan kedatangan orang Jepun tersebut. Selalunya jika dia mencari seseorang, pasti akan menimbulkan satu masalah besar. BACA LAGI

2 ulasan:

kurus berkata...

yelah kalau kita x kenal mauu x rasa lain macam .. ;) selamat hari wailayah dik ;)

Norgadis Labuan berkata...

@ieda.
Selamat Hari Wilayah... Terima kasih sudi singgah blog saya...