Jumaat, 3 Februari 2012

Tadika Al-Iman, Tahun Baru Baju Pun Baru


Ini baju sekolah yang baru untuk Wathiqah, tahun ni dah tukar baju warna lain pula


Nampak perbezaan baju baru dan yang lama. Rasanya dah lebih dari tiga kali baju sekolah Tadika Al-Iman ni bertukar sejak tahun 90an..


Ini pula, baju senaman baru, yang biru tu baju senaman tahun lepas.


Antara buku-buku sekolah Wathiqah yang sempat aku gambar.

  • Modal Kurikulum RM30
  • Buku teks dan buku latihan RM65
  • Insurans RM4
  • Lencana RM7
  • Uniform RM54
  • Baju sukan RM18.50
  • Aktiviti ko-kurikulum RM25
  • Yuran Jan/Feb/Nov RM60
Jumlah Semuanya RM 263.50

Selamat belajar, tahun ni adalah tahun akhir untuk Wathiqah belajar di tadika, tahun depan dah nak masuk sekolah rendah pula.

10 ulasan:

faizah husna berkata...

comel je baju :)
ta saba na keje(partime) pmbantu tadika..hehe..

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Cantik baju2nya, warna purple lg tu. Buku2 pun bnyk kan. Zaman skrg ni, baru tadika sj pun buku dah bnyk. Tapi tak apa, yg penting anak kita selesa belajar....:)

Norgadis Labuan berkata...

@faizah husna.
Comelkan... bergayalah budak-budak tadika dengan baju barunya...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Kak Imun.
Memang cantik baju tu,(sebenarnya baju tu clr maroon)mcm baju org nak pergi kerja pula. Kalau tadika tempat anak saya tu memang banyak buku, tapi yang baiknya, buku2 tu disimpan di sekolah, kalau ada kerja rumah baru bawa balik. Taklah berat nak bawa setiap hari.

khairul berkata...

semangat pon baru kan

kakyon berkata...

banyak juga kos masuk tadika ye.zaman anak akk du takde ler banyak nie..hehe

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Semangat makin bertambah tu...

Norgadis Labuan berkata...

@kakyon.
Begitulah kakyon... barang dapur naik, keperluan sekolah pun naik nampaknya..

tehr berkata...

banyak juga belanja untuk tadika sekarang ni
harap2 cikgu2 tak lepaskan peluang untuk mengajar

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Biasalah tu, barang naik, semua naik, buku-buku pun naik harga. Tadika ni bawah MAWIP, kalau tadika swasta yang lain, lebih mahal lagi yurannya...