Selasa, 7 Februari 2012

Aku Ke Membakut, Sabah



Rabu ini aku akan Ke Membakut, Sabah menghadiri Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara bersama 5 lagi ahli PERWILA iaitu Nadirah Junior (Pen. Setiausaha), Hj Othman Mahali (Bendahari), Hj Suili Bakar (AJK), Hjh Hasnah Sambas (AJK) dan adikku Halizah Mohd Ali (Ahli PERWILA).

Setelah dipilih menjadi setiausaha tahun lepas, rasanya inilah kali pertama aku akan turut hadir dalam Majlis Sastera yang berada diluar Labuan. Sebelum ini, Mesyuarat Gapena Di Kuala Lumpur, Pertemuan Penyair Nusantara V 2011 Di Palembang, Perkampungan Sasterawan Sabah 2011 dan Dialog Borneo Kalimantan Ke 11 Di Samarinda semuanya aku tak dapat hadir memandangkan kanda tak dapat cuti dari majikannya, aku pun tak dapat cuti jugalah. Tapi tahun baharu ni, alhamdulillah... dapat cuti kanda aku tu... (Terima kasih abang... I LuV U) apu pun dapat cuti juga hehehe...



Apabila mejawat jawatan sebagai setiausaha persatuan ni, terasa agak sibuk juga, walaupun tak bergaji seperti pekerja yang lain...

Aktiviti yang akan berjalan dalam waktu terdekat ini ialah:
  • 10 Feb 2012, Jam 9 malam - Gemersik Citra Suara Hati Bersama PERWILA Di RTM Labuan FM.
  • 12 Feb 2012, 2 ptg - Mesyuarat Bersama KUSMA
  • 15 Feb 2012, 8 mlm - Mesyuarat Bersama Perbadanan Labuan
  • 16 Feb 2012, 9 pagi - Mesyuarat Membincangkan Dialog Kalimantan 2013
  • 25 Feb 2012, 9 pagi - Tapak Pameran Buku PERWILA Di Acara Edidih Di Kg. Sg Labu.
  • 25 Feb 2012, 9 pagi - Pesta Teater Labuan (Tertutup)
  • Feb Hingga Mac 2012 - Program Bengkel Sastera Bersama PERWILA Di 8 Buah Sekolah Menengah Di WP Labuan

Huhuhu... sebelum berangkat ke Membakut rabu ni, kena buat persiapan untuk aktiviti akan datang...

Aku cuti berblog 5 hari, kita ketemu lagi diminggu hadapan dengan cerita dari Membakut pula. Selamat berblog untuk semua blogger dan terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung ke blog rojak aku ni...

8 ulasan:

khairul berkata...

fuh..mcm YB

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Apanya yg mcm YB tu Khairul, kerja pun tak ada hehehe...

tehr berkata...

macam2 yang orang dapat dari usaha mereka
ada yang dapat gaji
ada yang dapat keseronokan
ada yang dapat kepuasan
tak gitu ke, nor?

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Betul tu... yang penting ada usaha, insyaAllah pasti ada hasil disebaliknya.

Kasawari berkata...

wah serius tu kat meja office ker tu?

Norgadis Labuan berkata...

@Kasawari.
Itu bukan kat meja office tapi kat bilik mesyuarat...

Kak Imun berkata...

Waaa, sibuk sikit la buat bbrp hari ni kan, norgadis. Apa2 pun, good luck ya.....:)

Norgadis Labuan berkata...

@Kak Imun.
Nampaknya begitulah kaka, sibuk... banyak program yang nak dijalankan...