Bergambar selepas majlis penutupan program
KLIK PERWILA untuk melihat perjalanan program selama 12 minggu
KLIK PERWILA untuk melihat perjalanan program selama 12 minggu
Ok... aku nak cerita pasal pertemuan semalam yang membuat aku terharu sangat. Semalam 22 Ogos 2010, di SMK Lajau WP Labuan, adalah pertemuan AJK Program KDK dan sekaligus mesyuarat PERWILA. Waktu mesyuarat dijalankan, ada penyampaian saguhati dan sijil untuk AJK Program KDK.
Aku dapat 2 sijil sekaligus. Satu untuk penceramah program dan satu lagi sijil untuk AJK yang bertugas secara sukarela.
Aku dapat 2 sijil sekaligus. Satu untuk penceramah program dan satu lagi sijil untuk AJK yang bertugas secara sukarela.
Ini sijil yang aku dapat semalam
Sambung cerita... apa yang membuat aku terharu sangat, aku telah mendapat saguhati dari PERWILA sebanyak RM 1000 kerana tugas yang aku jalankan selama 12 minggu program. Terima kasih PERWILA... Inilah penghargaan terbesar yang pernah aku terima selama setia bersama PERWILA. Sebelum program ini dilangsungkan, memang tiada pemberitahuan tentang saguhati ini, semuanya dibuat secara sukarela dan memang tak ramai AJK PERWILA sendiri yang mahu membatu sepenuhnya.
Rezeki bulan puasa agaknya, alhamdulillah
Dua anak aku Nurfatihah Athirah dan Nurzafirah Nadirah yang turut membantu disamping AJK yang lain juga menerima saguhati mereka masing.
Anak aku mendapat RM 300 setiap seorang
Mungkin ada setengah orang menganggap RM 1000 itu tidak sebanyak mana, namun bagi aku seorang surirumah yang tak makan gaji, ianya memang amat bernilai sekali. Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki yang tidak diduga ini dan terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa menyokong aku selama ini. Tanpa keizinannya, aku tidak akan sampai ketahap ini.
24 ulasan:
tahniah..semoga bertambah rezeki..cheer upa
Salam Nur Hawa Mohd Zin.
Terima kasih. Moga kita sama2 dikurniakan rezeki berterusan...
byk tuu rm1000...tahniah yek...leh shopping la pasni yek??
Utk HaNTwO.
Terima kasih, bolehlah buat belanja raya hehehe...
salam,
banyak tu dapat RM 1000 itu bersamaan dengan jumlah RM dalam anugerah perkhidmatan cemerlang sektor kerajaan..
sijil itu tanda penghargaan pada kecemerlangan anda dan lagi best dapat lagi duit raya hehe..
salam penjejak maya.
Bab anugerah perkhidmatan cemerlang sektor kerajaan, memang saya tak tau, maklumlah tak kerja. Apa pun saya bersyukur sangat dgn apa yg saya dpt.
alhamdulillah
rezeki memang boleh datang dari mana2 penjuru - semuanya kuasa Allah
...dah lama tak dapat hadiah - hehehe
wah..bestnyer...
rezeki2:)
semoga terus dilimpahi rezeki~~
Salam tehr.
Itulah kuasa Allah, semua berlaku atas kehendak-Nya.
...lama tak dpt hadiah? kena tunggu birthday agaknya, manalah tau dpt hadiah dari org tersayang...
Salam mAsHiMaRo.
Moga kita sama2 dilimpahkan rezeki berpanjangan...Amin
Rezeki menjelang Raya. Tahniah kerana berjasa kepada nusa dan bangsa
salam...
selamat meneruskan perjuangan..
Salam Dan terima kasih Aida Ali. Alhamdulillah, rezeki tak diduga...
Salam pak long.
Insya-Allah perjuangan akan diteruskan selagi masih diperlukan.
setiap usaha yg ikhlas memang mendapat ganjaran..
rezeki ramadan :)
Salam sop.
Betul kata awak, keikhlasan itu lebih penting sebenarnya, dgn keikhlasan itu juga rezeki mudah datang.
alhamdulillah.. lepas belanja raya :)
Salam Che Armster.
Boleh juga buat belanja raya...
Alhamdulillah...leh la belanja utk raya nanti..
Salam Kamsiah.
Gitulah nampaknya cik Kamsiah, rezeki dari Allah dibulan ramadhan...
salam,
Sungguh murah rezki Nor, ini rezki anak-anak juga utk sambut hari raya...Sudah tahu nama sebenar Norgadis..hehehe
Salam Captain.
Alhamdulillah, semua tu rezeki dari Allah.
Nama sebenar boleh dilihat didalam profile saya.
Wow, taniah dapat rezeki raya! Berusaha lebil gigih seterusnya.
Utk zuiyanhong.
Terima kasih, memang dah rezeki utk raya nampaknya...
Catat Ulasan