Ahad, 15 Ogos 2010

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR UNTUKMU


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR UNTUKMU

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas kasih-NYA

Ya Allah tuhan yang satu... aku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu

"Ya Allah jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa kami, dosa pasangan kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak2 kami, dosa saudara2 kami dan dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

24 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam Ramadan Untuk Nurgadis, semuga ceria selalu di bulan yang penuh dengan segala ujian.

Norgadis berkata...

Utk SUARA RAKYAT KUNAK.
Salam ramadhan juga untuk saudara, moga ceri menjalani ibadah puasa.

Anep™ berkata...

selmat berpuasa...hehe

Norgadis berkata...

Selamat berpuasa juga utkmu Anip™

Idda Hashim berkata...

Salam Norgadis
Selamat berpuasa
Saya di sini lambat 5 jam berbuka puasa. Mudahan Ramadhan kali ni membawa kita lebih dekat kepada Allah.

Norgadis berkata...

Salam Idda Hashim.
Betullah, di sana lambat 5 jam dibanding Malaysia. Sama2lah kita berdoa agar ramadhan kali ini akan membawa keberkatan utk kita semua.

EmbunRosaliza berkata...

Salam ramadan buat norgadis....

Norgadis berkata...

Salam Ramadhan juga buat Kak Rosaliza. Moga ceria selalu...

Masbi Ar berkata...

salam Norgadis,
ya, seandainya kita tahu yg bakal terjadi esoknya, mungkin saja kita banyak pilihan untuk menentukan kehidupan yg terbaik...membca puisi ini mengajar kita tidak menunggu esok tiba.......

Norgadis berkata...

Salam Masbi Ar.
Hanya Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Moga kita sentiasa dirahamati Allah swt.

CIK TOM berkata...

Salam Ramadhan norgadis :)

Norgadis berkata...

Utk Tomato Gurl's Life.
Salam ramadhan juga utkmu, moga ceria menjalani ibadah puasa.

kerangRebus berkata...

haih..sayu membaca nya..bile teringat dosa-dosa..haih~~-_-

Norgadis berkata...

salam kerangRebus.
Syukurlah... andainya masih teringat akan dosa kita, sekurang2nya teringat akan bertaubat pula,ya tak? moga ceria selalu...

Amri Abd Rani berkata...

Salam...

Alhamdulillah, setakat hari ni, Ramadhan ini belum berakhir lg...esok lusa belum tau lg...mnta2 pnjg umur..

tehr berkata...

andai kutahu
andai kautahu
andai mereka tahu
semuanya tak akan jadi begitu

salam ramadan untuk noor dan keluarga
baju raya dah siap?

hentian berkata...

tuhan, izinkan aku hidup 1000 tahun lagi!

Norgadis berkata...

Utk Insan Marhaen.
Takutnya kalau boleh hidup 1000 tahun lagi... takut banyak menyusahkan org... maklumlah dah tu... hehehe...

Ciklinn berkata...

salam ramadhann dik...semoga ramadhan kali ni kita jadi insan yg lebih baik dari sebelum2nya.. aminn

Norgadis berkata...

Salam ramadhan juga utk ~~ciklinn~~
Alhamdulillah, moga semua doa baik kita dimakbulkan....

Norgadis berkata...

Salam Amri Rani.
Andainya ramadhan belum berakhir,ada peluang utk kita berpuasa lagi.

Norgadis berkata...

Salam kembali buat tehr.
Baju raya dah siap jahit, skrg tgh bincang dgn anak2 nak buat biskut dan kek apa raya ni...

xang berkata...

Salam Ramadhan untuk Nurgadis.

http://streamyxmodemsupport.blogspot.com

Norgadis berkata...

Salam Ramadhan utk Xang juga...